Home / Tag Archives: Jama’ah

Tag Archives: Jama’ah

Asas-Asas Penting Yang Perlu Wujud Dalam Organisasi Dakwah (Asas 2)

ASAS 2: GERAKAN ORGANISASI DAKWAH MESTILAH TERSUSUN (MUNAZZAMAH) Seluruh urusan dan kegiatan Gerakan Organisasi Dakwah mestilah tersusun dan teratur serta direncana serapi mungkin untuk mencapai objektif yang diharapkan serta kejayaan kerja-kerja gerakan organisasi itu sendiri. Kerana itu Fathi Yakan menyatakan: Tanpa penyusunan dalam Islam ini, implikasinya umat Islam berlarutan di dalam keadaan lemah. Sedangkan kekuatan adalah merupakan natijah dan hasil yang lahir daripada penyusunan dan perencanaan kerja. Kewujudan penyusunan dan perencanaan (yang berstrategi) adalah penting dan wajib, yang sama sekali tidak boleh diabaikan[1] dalam kerja-kerja dakwah, demi melaksanakan yang wajib (iaitu Islam). Kiranya pelaksanaan Islam itu tidak mungkin tercapai kecuali …

Read More »

Asas-Asas Penting Yang Perlu Wujud Dalam Organisasi Dakwah (Asas 1)

ASAS 1: KEGIATAN MESTILAH LAHIR DARIPADA ORGANISASI Segala gerakan dan aktiviti luar dakwah yang dilaksanakan di dalam menyeru kepada matlamat Rabbani hendaklah lahir daripada organisasi dakwah itu sendiri. Ini tidaklah bermakna bahawa segala gerakan dan kegiatan itu semestinya dilaksanakan oleh semua anggota, malah ia boleh dijalankan oleh seseorang da’i atau beberapa orang dengan syarat ianya memenuhi dan menepati tujuan serta lahir daripada fikrah (pemikiran) organisasi, yang bererti bahawa setiap aktiviti dan gerakan anggota adalah mewakili organisasi. Da’i harus menyedari setiap masa bahawa beliau berada di dalam barisan (organisasi)[1] di mana sahaja beliau berada dan terikat dengan matlamat dan jalan, polisi …

Read More »