Home / ARTIKEL TERKINI / THAQAFAH / AL-QURAN / Tafsir Tematik / TAFSIR TEMATIK:
TEMA 2 – PERTUKARAN SIANG DAN MALAM

TAFSIR TEMATIK:
TEMA 2 – PERTUKARAN SIANG DAN MALAM


PENDAHULUAN

إِنَّ فِي خَلۡقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ وَٱلۡفُلۡكِ ٱلَّتِي تَجۡرِي فِي ٱلۡبَحۡرِ بِمَا يَنفَعُ ٱلنَّاسَ وَمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مِن مَّآءٖ فَأَحۡيَا بِهِ ٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِهَا وَبَثَّ فِيهَا مِن كُلِّ دَآبَّةٖ وَتَصۡرِيفِ ٱلرِّيَٰحِ وَٱلسَّحَابِ ٱلۡمُسَخَّرِ بَيۡنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَعۡقِلُونَ
Bermaksud, “Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, pergantian malam dan siang, kapal yang berlayar di laut dengan (muatan) yang bermanfaat bagi manusia, apa yang diturunkan Allah dari langit berupa air, lalu dengan itu dihidupkan-Nya bumi setelah mati (kering), dan Dia tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang, dan perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, (semua itu) sungguh, merupakan tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang mengerti.”  (Surah Al-Baqarah (2): 164)

ذَٰلِكَ بِأَنَّ ٱللَّهَ يُولِجُ ٱلَّيۡلَ فِي ٱلنَّهَارِ وَيُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِي ٱلَّيۡلِ وَأَنَّ ٱللَّهَ سَمِيعُۢ بَصِيرٞ
Bermaksud, “Demikianlah kerana Allah (kuasa) memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam, dan sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Melihat.
(Surah Al-Hajj (22): 61)

وَءَايَةٞ لَّهُمُ ٱلَّيۡلُ نَسۡلَخُ مِنۡهُ ٱلنَّهَارَ فَإِذَا هُم مُّظۡلِمُونَ
Bermaksud, “dan suatu tanda (kebesaran Allah) bagi mereka adalah malam, Kami tanggalkan siang dari (malam) itu, maka seketika itu (berada dalam) kegelapan.” (Surah Yasin (36): 37)

قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ إِن جَعَلَ ٱللَّهُ عَلَيۡكُمُ ٱلَّيۡلَ سَرۡمَدًا إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِ مَنۡ إِلَٰهٌ غَيۡرُ ٱللَّهِ يَأۡتِيكُم بِضِيَآءٍۚ أَفَلَا تَسۡمَعُونَ ٧١ قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ إِن جَعَلَ ٱللَّهُ عَلَيۡكُمُ ٱلنَّهَارَ سَرۡمَدًا إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِ مَنۡ إِلَٰهٌ غَيۡرُ ٱللَّهِ يَأۡتِيكُم بِلَيۡلٖ تَسۡكُنُونَ فِيهِۚ أَفَلَا تُبۡصِرُونَ ٧٢ وَمِن رَّحۡمَتِهِۦ جَعَلَ لَكُمُ ٱلَّيۡلَ وَٱلنَّهَارَ لِتَسۡكُنُواْ فِيهِ وَلِتَبۡتَغُواْ مِن فَضۡلِهِۦ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ
Bermaksud, “Katakanlah (Muhammad): “Bagaimanakah pendapatmu, jika Allah menjadikan untukmu malam itu terus menerus sampai hari kiamat? Siapakah sembahan selain Allah yang akan mendatangkan sinar terang kepadamu? Apakah kamu tidak mendengar?”
Katakanlah (Muhammad): Bagaimanakah pendapatmu jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus menerus sampai hari kiamat? Siapakah sembahan selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu sebagai waktu istirehat? Apakah kamu tidak memerhatikan?”
Dan adalah kerana rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, agar kamu beristirehat di malam hari dan agar kamu mencari sebahagian kurnian-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepadaNya.” (Surah Al-Qasas (28): 71-73)

إِنَّ فِي خَلۡقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ لَأٓيَٰتٖ لِّأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ
Bermaksud, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran  Allah) bagi orang yang berakal.”  (Surah Ali-Imran (3): 190)

Kosa kata

1. ٱخۡتِلَٰفِ: Pertukaran.
2. بَثَّ: Bangkit.
3. تَصۡرِيفِ ٱلرِّيَٰحِ: Menukarnya (angin).
4َ. يُولِجُ: Memasukkan.
5. نَسۡلَخُ: Kami mencabut.
6. سَرۡمَدًا: Selalu.
7. لِّأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ: untuk orang yang mempunyai akal.

Tafsiran Ayat

Allah telah menciptakan alam ini dan menjadikannya sebagai salah satu punca hidayah-Nya kepada manusia. Oleh itu, Allah menggalakkan manusia agar meneliti alam dan menghayatinya kerana setiap satu daripada penciptaan alam ini terdapat bukti bahawa Allah lah yang Maha Mencipta. Dan sesungguhnya Allah itu Esa, Maha Merubah, Maha Mengidupkan, Berdiri Sendiri serta Maha Berkuasa. Maka, kemunculan malam dan siang dianggap tanda yang besar dalam alam ini yang mana Allah menggalakkan kita untuk menelitinya.

Kelebihan Pertukaran Malam Dan Siang

Allah menyebut bahawa terdapat banyak kelebihan daripada proses pertukaran malam dan siang. Antaranya ialah:

1. Pada malam hari, manusia mendapat ketenangan dan kerehatan. Tanpa kejadian malam, manusia dan banyak mahkluk tidak boleh tidur ataupun berehat. Firman Allah,

أَلَمۡ يَرَوۡاْ أَنَّا جَعَلۡنَا ٱلَّيۡلَ لِيَسۡكُنُواْ فِيهِ وَٱلنَّهَارَ مُبۡصِرًاۚ
Bermaksud, “Apakah mereka tidak  memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan malam agar mereka berehat padanya?”  (Surah An-Naml (27): 86)

2. Malam adalah waktu yang penting untuk berlindung dan bersembunyi. Inilah sebabnya mengapa terdapat banyak manfaat yang diperlukan oleh seseorang untuk berlindung dan bersembunyi untuk mendapatkan keadaan yang terbaik. Contohnya: Pergerakan kumpulan tentera, kepentingan ketenteraan yang berkaitan pemantauan berita musuh, dan untuk melaksanakan misi khas.

Terdapat beberapa tanda bukti kebesaran Allah Taala daripada kemunculan keduanya (siang dan malam). Antara yang hebat adalah kejadian bulan dan bintang-bintang yang bersinar di langit ketika waktu malam. Manakala matahari bersinar ketika siang. Firman Allah:

وَجَعَلَ ٱلۡقَمَرَ فِيهِنَّ نُورٗا وَجَعَلَ ٱلشَّمۡسَ سِرَاجٗا
Bermaksud, “Dan di sana Dia menciptakan bulan yang bercahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita (yang cemerlang).”  (Surah Nuh (71): 16)

4. Siang adalah waktu manusia mencari rezeki. Ketika itu manusia melakukan aktiviti harian dan pergerakannya. Tanpa waktu siang, cacatlah pergerakan bagi semua hidupan. Firman Allah:

وجَعَلۡنَا ٱلنَّهَارَ مَعَاشٗا
Bermaksud, “Dan Kami menjadikan siang untuk mencari rezeki.” (Surah An Naba’ (78): 11)

Pertukaran malam dan siang sangat berkait rapat dengan kemunculan matahari dan bulan. Dengan kejadian ini juga, adanya penetapan waktu dalam setiap hari dan dalam setiap bulan, dan wujudnya empat musim serta empat arah. Begitu juga kita boleh mendapatkan petunjuk daripada bintang ketika perjalanan di darat mahupun ketika di laut.

Ayat-Ayat Ini Mengandungi Bukti Bahawa Allah:

1. Adalah Pencipta alam ini.
2. Berkuasa menukar apa yang di alam ini.
3. Pemelihara dan Pentadbir alam ini.

Perincian bukti ini adalah seperti berikut:

1. Dalil penciptaan:

Allah lah yang menciptakan alam ini serta malam dan siang. Firman Allah:

إِنَّ فِي خَلۡقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ لَأٓيَٰتٖ لِّأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ
Bermaksud, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran  Allah) bagi orang yang berakal.”  (Surah Ali-Imran (3): 190)

Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi seperti ini dan apa yang ada padanya adalah hasil daripada pertukaran malam dan siang. Dan itulah bukti Allah adalah Pencipta.

2. Dalil Kekuasaan:

Pertukaran malam dan siang  adalah tanda kekuasaan Allah untuk mengubah apa yang ada di dalam alam ini. Dia jugalah yang mengurusnya. Firman Allah,

وَءَايَةٞ لَّهُمُ ٱلَّيۡلُ نَسۡلَخُ مِنۡهُ ٱلنَّهَارَ فَإِذَا هُم مُّظۡلِمُونَ
Bermaksud, “dan suatu tanda (kebesaran Allah) bagi mereka adalah malam; kami tanggalkan siang dari (malam) itu, maka seketika itu (berada dalam) kegelapan]. (Surah Yasin (36): 37)

3. Dalil Pemeliharaan:

Konsistennya kejadian pertukaran malam dan siang ini, serta kebaikan yang dapat dicapai oleh manusia, menunjukkan pemeliharaan Allah terhadap penciptaan-Nya. Maka pemeliharaan Allah terhadap tanda-tanda ini menyebabkan kejadian itu tetap/konsisten, tidak berubah-ubah. Firman Allah:

قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ إِن جَعَلَ ٱللَّهُ عَلَيۡكُمُ ٱلنَّهَارَ سَرۡمَدًا إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِ مَنۡ إِلَٰهٌ غَيۡرُ ٱللَّهِ يَأۡتِيكُم بِلَيۡلٖ تَسۡكُنُونَ فِيهِۚ أَفَلَا تُبۡصِرُونَ ٧٢ وَمِن رَّحۡمَتِهِۦ جَعَلَ لَكُمُ ٱلَّيۡلَ وَٱلنَّهَارَ لِتَسۡكُنُواْ فِيهِ وَلِتَبۡتَغُواْ مِن فَضۡلِهِۦ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ
Bermaksud,
71. Katakanlah: “Terangkanlah kepadaku, jika Allah menjadikan untukmu malam itu terus menerus sampai hari kiamat, siapakah Sembahan selain Allah yang akan mendatangkan sinar terang kepadamu? Maka apakah kamu tidak mendengar?
72. “Katakanlah (Muhammad): Bagaimanakah pendapatmu jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus menerus sampai hari kiamat? Siapakah Sembahan selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu sebagai waktu istirehat? Apakah kamu tidak memerhatikan?.
73. “Dan adalah kerana rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, agar kamu beristirehat di malam hari dan agar kamu mencari sebahagian kurnian-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.”   (Surah Al-Qasas (28): 71-73)

Ayat-Ayat Untuk Diteliti

Kemungkinan besar perkara paling indah yang menarik minat mata kita adalah kejadian pertukaran malam dan siang. Juga perpindahan antara satu keadaan kepada satu keadaan yang lain secara berperingkat-perinngkat. Firman Allah:

يُولِجُ ٱلَّيۡلَ فِي ٱلنَّهَارِ وَيُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِي ٱلَّيۡلِ
Bermaksud, “Demikianlah kerana Allah (berkuasa) memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam.”  (Surah al-Hajj (22): 61)

Sesungguhnya pertukaran antara malam ke siang dan siang ke malam bukanlah berlaku secara tiba-tiba. Malam dan siang, antara dua kejadian ini tidak terpisah. Seolah-olah malam itu sebagai penutup yang menutupi siang. Kemudian, Allah mengeluarkannya (siang) dari bawahnya (malam). Inilah yang dikatakan proses berperingkat bukannya berlaku secara tiba-tiba. Firman Allah:

وَءَايَةٞ لَّهُمُ ٱلَّيۡلُ نَسۡلَخُ مِنۡهُ ٱلنَّهَارَ فَإِذَا هُم مُّظۡلِمُونَ
Bermaksud, “dan suatu tanda (kebesaran Allah) bagi mereka adalah malam; kami tanggalkan siang dari (malam) itu, maka seketika itu (mereka berada dalam) kegelapan.” (Surah Yasin (36): 37)

Perkara ini berlaku ketika kejadian malam. Manakala, kejadian siang pula diterangkan oleh Allah Sang Pencipta dalam firmanNya, 

وَٱلَّيۡلِ إِذَا عَسۡعَسَ ١٧  وَٱلصُّبۡحِ إِذَا تَنَفَّسَ ١٨
Bermaksud, “Demi malam apabila telah larut. Dan demi subuh apabila fajar telah menyinsing.”
(Surah at-Takwir (81): 17 – 18)

Apabila berlalunya malam, maka tersingkaplah waktu fajar (terbit matahari sehingga sebelum zohor), seolah-olah siang itu umpama kehidupan manusia yang berjalan padanya dan bernafas. Kalimah (عَسۡعَسَ) merujuk kepada berlalunya malam. Di malam hari seseorang akan berjalan di dalam kegelapan. Proses pertukaran malam dan siang menjadi bukti bahawa bumi berbentuk sfera. Jika bumi ini berbentuk empat segi atau pun segi tepat, sudah pastilah kejadian malam atau siang ini berlaku secara tiba-tiba bukannya secara berperingkat.

Kita dapat gambarkan kehebatan tanda yang  besar ini (pertukaran malam dan siang). Jadi mari kita bayangkan pula apakah yang akan terjadi apabila tidak berlakunya proses tersebut?

قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ إِن جَعَلَ ٱللَّهُ عَلَيۡكُمُ ٱلنَّهَارَ سَرۡمَدًا إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِ مَنۡ إِلَٰهٌ غَيۡرُ ٱللَّهِ يَأۡتِيكُم بِلَيۡلٖ تَسۡكُنُونَ فِيهِۚ أَفَلَا تُبۡصِرُونَ
Firman Allah: Bermaksud, “Katakanlah (Muhammad): Bagaimanakah pendapatmu jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus menerus sampai hari kiamat? Siapakah sembahan selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu sebagai waktu istirehat? Apakah kamu tidak memerhatikannya?”  (Surah Al-Qasas (28): 72)

Bagaimanakah keadaaan kita jika berlakunya siang terus menerus iaitu tanpa berlakunya malam. Atau sebaliknya iaitu berlakunya malam terus-menerus sehingga hari kiamat tanpa siang?

Justeru, kejadian siang dan malam merupakan sebahagian daripada rahmat Allah kepada kita. Siang dijadikan waktu untuk kita mencari rezeki dan melakukan pelbagai aktiviti harian  lain dalam hidup kita. Manakala malam pula kita dapat berehat dan menenangkan diri. Kita berehat seketika untuk memperbaharui tenaga kita. Firman Allah:

مِن رَّحۡمَتِهِۦ جَعَلَ لَكُمُ ٱلَّيۡلَ وَٱلنَّهَارَ لِتَسۡكُنُواْ فِيهِ وَلِتَبۡتَغُواْ مِن فَضۡلِهِۦ وَلَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ
Bermaksud, “Dan adalah kerana rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, agar kamu beristirehat di malam hari dan agar kamu mencari sebahagian kurnian-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.” (Surah Al-Qasas (28): 73)

Oleh itu, layaklah bagi Allah untuk mendapat pujian dan syukur daripada kita di atas nikmat yang sungguh besar ini.

Aktiviti

Teliti dan fikirkan tentang kejadian pertukaran malam dan siang serta bintang-bintang di malam hari. Kemudian, tuliskan sebuah artikel yang menyatakan tentang perasaan kamu di atas Pencipta ini.

Pengajaran Daripada Ayat:

1. Orang muslim menggunakan akalnya untuk berfikir tentang tanda-tanda kebesaran Allah yang ada di alam ini untuk meningkatkan imannya.
2. Pergantian malam dan siang merupakan bukti kebesaran dan kekuasaan Penciptanya.
3. Orang muslim akan mengambil manfaat daripada pergantian malam dan siang dengan menghargai waktu dan memperelokkan ibadahnya.

Latihan Pengukuhan

1. Apa makna pertukaran malam dan siang?
2. Sebutkan dua kelebihan daripada kejadian pertukaran malam dan siang.
3. Terangkan pengertian ayat al-Quran berikut,
قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ إِن جَعَلَ ٱللَّهُ عَلَيۡكُمُ ٱلَّيۡلَ سَرۡمَدًا إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِ
4. Firman Allah, وَءَايَةٞ لَّهُمُ ٱلَّيۡلُ نَسۡلَخُ مِنۡهُ ٱلنَّهَارَ فَإِذَا هُم مُّظۡلِمُونَ
Jelaskan pengajaran yang didapati daripada ayat tersebut.


5. Bulatkan jawapan yang betul:

Antara kelebihan pertukaran malam dan siang adalah:
a. Menenangkan manusia dan waktu untuk berehat.
b. Berubahnya warna kulit manusia.
c. Berubahnya bahasa manusia.
d. Berpusingnya bumi mengelilingi matahari.

Kemunculan malam dan siang secara bereringkat-peringkat adalah bukti bagi yang berikut, KECUALI:
a. Bumi itu bulat/sfera.
b. Wujudnya empat arah.
c. Wujudnya empat musim.
d. Matahari berpusing mengelilingi bumi.


Penterjemah:
KUMPULAN PENTERJEMAH BAYANA,
Penerbit dan Nama Kitab Asal:

ISLAMIC STUDIES & RESEARCH ASSOCIATION,
Al-Tafsir Al-Maudu’iy (Tafsir Tematik),
ed. Faruq Badran, Majid Fawzi dan Muhammad Salam,

(Amman: Mu’assasah Abu Rayyan Est).

Print Friendly, PDF & Email

About Ali Ahmad Foudzi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *