Surah/ayat Pilihan

TADABBUR SURAH AL-BAQARAH – siri 2
Ayat 8 – 20

Oleh: Ustaz Omar Aiman

MUQADDIMAH

Asbab Nuzul: Diriwayatkan oleh Imam Ar-Razi bahawa Ibn Abbas menyatakan turunnya ayat ini kepada munafiqin ahli kitab antara mereka: Abdullah bin Ubai bin Salul, Mu’tab bin Qusyair dan al-Jad bin Qais. Mereka ini jika bertemu orang beriman akan menzahirkan keimanan dan kepercayaan dengan berkata: Kami telah mendapati dalam kitab kami pujian kepadanya dan hhsifat-sifatnya.

Said Hawwa telah membahagikan perenggan ini kepada 3 pecahan:

1. Hakikat orang munafik.
2. Contoh perkataan mereka.
3. Perumpamaan mengenai mereka.

Imam al-Alusi menyatakan bahawa pembahagian manusia dalam muqaddimah surah al-Baqarah ini hakikatnya dua bahagian sahaja tetapi dari segi pengajaran yang perlu diperhatikan terbahagi kepada tiga bahagian.

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ (٨)
يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ (٩)
فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًاۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ (١٠)
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ (١١)
أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَٰكِن لَّا يَشْعُرُونَ (١٢)
وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُۗ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَٰكِن لَّا يَعْلَمُونَ (١٣)
وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا إِلَىٰ شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ (١٤)
اللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ (١٥)
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَىٰ فَمَا رَبِحَت تِّجَارَتُهُمْ وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ (١٦)
مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ الَّذِي اسْتَوْقَدَ نَارًا فَلَمَّا أَضَاءَتْ مَا حَوْلَهُ ذَهَبَ اللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِي ظُلُمَاتٍ لَّا يُبْصِرُونَ (١٧)
صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَرْجِعُونَ (١٨)
أَوْ كَصَيِّبٍ مِّنَ السَّمَاءِ فِيهِ ظُلُمَاتٌ وَرَعْدٌ وَبَرْقٌ يَجْعَلُونَ أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِم مِّنَ الصَّوَاعِقِ حَذَرَ الْمَوْتِۚ وَاللَّهُ مُحِيطٌ بِالْكَافِرِينَ (١٩)
يَكَادُ الْبَرْقُ يَخْطَفُ أَبْصَارَهُمْۖ كُلَّمَا أَضَاءَ لَهُم مَّشَوْا فِيهِ وَإِذَا أَظْلَمَ عَلَيْهِمْ قَامُواۚ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَذَهَبَ بِسَمْعِهِمْ وَأَبْصَارِهِمْۚ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (٢٠) [ البقرة:8-20]

8. Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. [Al Baqarah:8]
9. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. [Al Baqarah:9]
10. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). [Al Baqarah:10]
11. Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang yang hanya membuat kebaikan”. [Al Baqarah:11]
12. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. [Al Baqarah:12]
13. Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang bodoh itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). [Al Baqarah:13]
14. Dan apabila mereka bertemu dengan orang yang beriman, mereka berkata: ” Kami telah beriman “, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:” Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang yang beriman)”. [Al Baqarah:14]
15. Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). [Al Baqarah:15]
16. Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah. [Al Baqarah:16]
17. Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun). [Al Baqarah:17]
18. Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran). [Al Baqarah:18]
19. Atau (bandingannya) seperti (orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang yang kafir itu. [Al Baqarah:19]
20. Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [Al Baqarah:20]

HAKIKAT ORANG MUNAFIK

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ (8)
18. Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran). [Al Baqarah:18]

Allah menyatakan ada di kalangan manusia seolah-olah ia bukanlah daripada kelompok yang telah disebutkan iaitu kaum mukminin dan puak kuffar (daripada ayat sebelum ini), ini kerana kaum munafik ini seperti lalat yang menyinggah di kedua-dua kumpulan. Secara zahirnya mereka menyatakan keimanan tetapi hakikatnya mereka langsung tiada kena mengena dengan orang Mukmin. Terutama dalam dua perkara asas keimanan iaitu:

1. Iman dengan Allah SWT
2. Iman dengan hari kiamat.

يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ (9)
9. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. [Al Baqarah:9]

Perilaku mereka ini seolah mereka sedang menipu Allah dan orang beriman padahal Allah tidak akan pernah boleh ditipu, begitu juga bagi orang mukmin kerana mereka sentiasa mendapat hidayah dan taufik daripada Allah SWT. Jadi yang sebenarnya tertipu dengan helah mereka ini adalah diri mereka sendiri. Malangnya mereka tidak dapat menyedarinya.

فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ (10)
10. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). [Al Baqarah:10]

Dalam hati mereka ada penyakit nifaq dan ragu-ragu kenifaqkannya. Keraguan ini Allah tambahkam lagi atas mereka setiap kali mereka melakukan perbuatan nifaq ini. Pengakhiran mereka sama dengan orang kafir, atas persamaan mereka yang pada hakikatnya mendustakan Allah dan hari akhirat, walaupun pada zahir mereka seperti orang mukmin.

KESIMPULAN DAN TADABBUR

Menurut Ibnu Katsir – Kaum munafikin ini terbahagi kepada dua:

Pertama: Golongan yang munafik secara iktikad.

Kedua: Munafik dalam amalan.

Apa yang dibincangkan di sini adalah munafik secara iktikad kerana mereka ini tidak beriman dengan Allah dan Hari Akhirat serta mendustakan al Quran. Perkataan mereka masih menampakkan iman tetapi hakikatnya dalam hati mereka penuh dengan kesangsian dan juga kepura-puraan.

Menjaga hati adalah sangat penting bagi orang beriman. Menjaga keyakinan kita kepada Allah dan hari akhirat dengan sentiasa merasa sensitif dengan perkara-perkara yang berkaitan hal ini. Hendaklah kita menjauhkan hati kita daripada hal-hal yang meragukan atau yang membawa keraguan. Syed Qutb ada menyatakan bahawa keraguan dan kesangsian itu lahir daripada kebaculan mereka untuk menerima iman agar memasuki hati mereka, dan bacul untuk menafikannya pada lisan mereka.

CONTOH PERKATAAN MEREKA

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ قَالُوا إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ (11)
11. Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang yang hanya membuat kebaikan”. [Al Baqarah:11]

Apabila mereka dinasihati agar tidak melakukan maksiat dan jangan melanggar perintah Allah, mereka menyangkalnya bahkan mereka menyatakan merekalah yang telah melakukan pembaikan. Menurut Salman al-Farisi peristiwa ini belum berlaku di zaman mereka . Said Hawwa menyebut contoh yang ada di zaman kini mereka menggunakan istilah mencari kemajuan dan kemodenan sebagai justifikasi kemaksiatan mereka.

أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِنْ لَا يَشْعُرُونَ (12)
12. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya. [Al Baqarah:12]

Bahkan Allah menegaskan, bahkan mengkhususkan, bahawa merekalah kerosakan itu dan kerosakan itu adalah mereka tetapi mereka tetap tidak menyedarinya.

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آمِنُوا كَمَا آمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آمَنَ السُّفَهَاءُ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَكِنْ لَا يَعْلَمُونَ (13)
13. Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang bodoh itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). [Al Baqarah:13]

Begitu juga bila dinasihatkan agar mereka beriman seperti orang mukmin yang lain dengan belajar dan dengan memiliki ilmu, mereka menafikan kejahilan mereka bahkan merekalah golongan jahil muraqqab.

وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آمَنُوا قَالُوا آمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا إِلَى شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ (14)
14. Dan apabila mereka bertemu dengan orang yang beriman, mereka berkata: ” Kami telah beriman “, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:” Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang yang beriman)”. [Al Baqarah:14]

Mereka bermuka-muka – apabila dengan orang mukmin mereka mengaku beriman tetapi apabila berjumpa dengan orang kafir, baik yahudi mahupun musyrikin, mereka menyatakan solidarity mereka dan kepura-puraan mereka dengan orang beriman.

اللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ (15)
15. Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). [Al Baqarah:15]

Mereka fikir mereka sedang mempersendakan Allah, sedangkan Allah memperbodohkan mereka dengan membiarkan mereka tenggelam dalam kejahatan mereka tanpa mereka sedar.

أُولَئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَى فَمَا رَبِحَتْ تِجَارَتُهُمْ وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ (16)
16. Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah. [Al Baqarah:16]

Mereka ini ibarat orang yang menjual hidayah dan membeli kesesatan. Inilah perniagaan yang rugi dan mereka pasti akan tidak beroleh hidayah bahkan belum memperolehinya.

KESIMPULAN DAN TADABBUR

Kita boleh mengambil pengajaran dalam ayat-ayat ini:

1. Menerima nasihat dan teguran serta meninggalkan kejahatan adalah jalan orang mukmin, manakala berkeras dan meneruskan kesalahan dengan alasan dan justifikasi palsu adalah jalan munafik.

2. Belajar dan memerangi kejahilan dengan ilmu pengetahuan adalah jalan keimanan. Keegoan dan redha dengan kejahilan adalah jalan munafik.

3. Kebersamaan dengan sepenuh hati adalah kebersamaan dengan orang mukmin, manakala dengan orang kafir perlu ada tajarrud dan tamayyuz.

رواه البخاري ومسلم …وإن لكل ملك حمى ألا وإن حمى الله محارمه …
…Bagi setiap raja ada kawasan larangannya, tidaklah kawasan larangan Allah itu melainkan perkara yang Allah haramkan…

PERUMPAMAAN YANG MENGHURAIKAN KEDUDUKAN SEBENAR KEADAAN MEREKA

مَثَلُهُمْ كَمَثَلِ الَّذِي اسْتَوْقَدَ نَارًا فَلَمَّا أَضَاءَتْ مَا حَوْلَهُ ذَهَبَ اللَّهُ بِنُورِهِمْ وَتَرَكَهُمْ فِي ظُلُمَاتٍ لَا يُبْصِرُونَ (17)
17. Perbandingan hal mereka (golongan yang munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi) mereka, dan dibiarkannya mereka dalam gelap-gelita, tidak dapat melihat (sesuatu pun). [Al Baqarah:17]

Perumpamaan orang munafik seperti orang yang menghidupkan api bagi mendapatkan haba dan cahaya sekelilingnya. Namun Allah memadamkan daripada orang munafik cahaya yang diperlukannya dan membiarkan mereka buta dalam kegelapan. Keadaan mereka penuh dengan keraguan dan ketidakpastian. Walaupun mereka telah menyalakan api yang terang.

صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَرْجِعُونَ (18)
18. Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran). [Al Baqarah:18]

Jadilah mereka itu orang tuli, bisu dan buta. Orang yang tidak tahu jalan pulang kepada kebenaran.

أَوْ كَصَيِّبٍ مِنَ السَّمَاءِ فِيهِ ظُلُمَاتٌ وَرَعْدٌ وَبَرْقٌ يَجْعَلُونَ أَصَابِعَهُمْ فِي آذَانِهِمْ مِنَ الصَّوَاعِقِ حَذَرَ الْمَوْتِ وَاللَّهُ مُحِيطٌ بِالْكَافِرِينَ (19)
19. Atau (bandingannya) seperti (orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang yang kafir itu. [Al Baqarah:19]

Perumpamaan kedua ini lebih rinci, iaitu keadaan mereka seperti dalam kegelapan di kala langit diselubungi awan pekat yang mengandungi guruh dan petir, sehingga orang munafik ini memasukkan hujung jarinya bagi menutup lubang telinga mereka kerana takut akan kematian. Padahal Allah menguasai orang yang kufur dengan-Nya sepenuhnya. Seolah-olah kononnya jari mereka itu mampu menghalang kuasa Allah.

يَكَادُ الْبَرْقُ يَخْطَفُ أَبْصَارَهُمْ كُلَّمَا أَضَاءَ لَهُمْ مَشَوْا فِيهِ وَإِذَا أَظْلَمَ عَلَيْهِمْ قَامُوا وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَذَهَبَ بِسَمْعِهِمْ وَأَبْصَارِهِمْ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (20)
20. Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. [Al Baqarah:20]

Petir yang terang secara tiba-tiba itu hampir membutakan mata mereka kerana terangnya cahaya setiap kali menyambar sekitar mereka. Bila keadaan terang mereka mula melangkah dan bila keadaan kembali kelam mereka tidak berbuat apa-apa. Sedangkan jika Allah menambah cahaya kilat dan kuatkan suara guruh akan pekak dan butalah mereka . Sesungguhnya Allah sangat mampu melakukan apa sahaja. Kedangkalan mereka dalam menyedari kuasa Allah menjadikan mereka berani melawan perintah-Nya. Sedangkan mereka hanya diberi peluang sebentar untuk terus menambahkan kebinasaan yang dicatat dalam buku dosa mereka.

KESIMPULAN DAN TADABBUR

Kekuasaan semuanya milik Allah dan keselamatan hanya ada apabila Bersama dengan Allah sahaja. Tiada jalan selamat melainkan dengan Allah, maka hendaklah kita berserah kepada Allah nescaya kita akan selamat. Tipu daya dan helah terhadap Allah hanya akan memakan diri sendiri ketika setiap kali seseorang itu merasakan dia telah berjaya mengalahkan Allah dengan menyekat kemaraan Islam. Sebenarnya dia sedang ‘dipermainkan’ oleh Allah.

Dalam perenggan ini Allah telah merujuk orang munafik sebagai kafirin. Inilah hakikat sebenar mereka. Perumpamaan ini diberikan untuk mendedahkan bahawa iman mereka yang tidak pernah ada.

Kita perlu yakin dengan pertolongan Allah dalam setiap kedukaan umat Islam akibat rencana kaum kuffar. Kaum kuffar sebenarnya dalam perhatian dan kawalan Allah. Kukuhkanlah keimanan dan teruskan berusaha.

Print Friendly, PDF & Email
Tags

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also

Close
Back to top button
Close