Fikrah

JAHILIAH HARI INI

Ramai  di kalangan orang Islam hari ini tidak merasai  kenikmatan berada dalam Islam yang sebenarnya sepertimana yang dirasai  oleh sahabat-sahabat  di zaman Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Dalam rangka  inilah kita  perlu mendekati sumber-sumber yang boleh  memberi  gambaran Islam (fikrah Islamiah) yang betul dan tepat dengan berpandukan al-Quran  al-Karim dan as-Sunnah an-Nabawiyyah. Kita  juga  perlu mengenali jahiliah hari ini.

Mengetahui  jahiliah bererti kita mengetahui  musuh  ketat pada Islam dan Iman itu sendiri yang mana penyerapan  unsur-unsur atau  anasir-anasir  jahiliah  inilah  yang  sebenarnya   telah menghalang kita dari dapat menikmati kemanisan hidup dalam Islam.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمٗا لِّقَوۡمٖ يُوقِنُونَ ٥٠
Apakah  hukum  jahliah yang mereka  kehendaki  dan  hukum siapakah  yang lebih baik daripada hukum Allah bagi  orang yang yakin (beriman). (Surah al-Maidah : 50)

Bagi  orang yang beriman tiada hukum yang lebih  baik melainkan  hukum  yang telah diturunkan oleh  Allah Subhanahuwata’ala.  Ini adalah  tegasan dari al-Quran. Tetapi mengapa ramai  orang  Islam hari   ini   menolak  hukum  Allah Subhanahuwata’ala   dalam   praktiknya? Bagaimanakah untuk menilai keadaan ini?

Islam  yang  kita  kehendaki ialah Islam  yang  Kamil  lagi Syamil (lengkap lagi menyeluruh). Al-Quran memberi gambaran  yang betul  dan  tepat mengenai Jahiliah  yang  sebenarnya.  Menurut Muhammad Qutb, jahiliah yang ditentukan oleh al-Quran adalah:

  • Satu keadaan jiwa yang menolak hidayah Allah Subhanahuwata’ala.
  • Satu penyusunan masyarakat yang menolak  hukum-hukum  Allah Subhanahuwata’ala.
  • Jahiliah itu adalah lawan bagi ma’rifat kenal kepada Allah Subhanahuwata’ala. walaupun ia mempunyai ilmu tentang sifat  dan  kekuasaan Allah Subhanahuwata’ala di mana jika ditanya kepada mereka:  Siapakah  yang menjadikan langit dan bumi? Nescaya mereka akan menjawab: Allah Ta’ala. Jahiliah  adalah  lawan  petunjuk Allah Subhanahuwata’ala  dan  menghukum dengan tidak hukum Allah Subhanahuwata’ala.
  • Jahiliah itu sebenarnya melawan Islam dan Iman.

Jahiliah  bukan bermakna melawan sains dan kemajuan  harta benda  atau penghasilan yang banyak. Inilah yang  perlu  difahami kerana  masyarakat  hari ini tidak diberi gambaran  atau  hakikat yang sebenarnya. Selagi Iman tidak melahirkan amalan-amalan Islam  dalam hidup kita maka ini bermakna jahiliah sedang mengawal dan menguasai  semua aktiviti hidup kita. Ini adalah  merupakan  satu hakikat yang wajar disedari oleh setiap dari kita.

Kita  tidak  boleh mengatakan bahawa  seseorang  yang  tidak berilmu   (yang  bodoh)  sebagai  jahiliah.  Konsep   kefahaman terhadap jahiliah adalah sebenarnya diukur dari penerimaan  dan penolakan terhadap Islam itu sendiri di mana perbezaan antara dua hakikat ini adalah terletak pada Islam itu sendiri. Apabila Islam yang ditolak maka hiduplah ia di dalam jahiliah seperti  contoh yang   berlaku  pada  mula-mula  Islam  yang   didakwahkan   oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam di Makkah oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam kepada  orang  Quraisy.  Walaupun  orang Quraisy  Makkah  terkenal dengan  kemajuan  dan  kepintaran namun  mereka  tetap  dipanggil jahiliah kerana mereka menolak Islam sebagai satu-satunya  cara hidup yang perlu diikuti. tetapi dunia kini menganggap umat Islam adalah  jahiliah kerana tida kemajuan. Ini adalah fahaman  yang telah   menyimpang  jauh  dari  hakikat  sebenarnya.   Jahiliah ‘Arabiah dan jahiliah zaman ini sebenarnya mempunyai  hakikat yang sama, cuma keadaan jahiliah hari ini ialah jahiliah yang lebih  Sophisticated.  Jahiliah  dahulu  senang  diketahui   dan dikesan,  tetapi  jahiliah kini sukar  untuk  diketahui  kerana mereka bersembunyi dalam kemajuan.

Jahiliah sekarang ini malah jahiliah setiap zaman  tetap akan  menolak  hukum  Allah Subhanahuwata’ala dan  mereka  boleh  dicap  atau dikenali  sebagai jahiliah di mana-mana sahaja di dunia ini  di segenap lapisan masyarakat dan segenap keadaan. Sesungguhnya kita dewasa  ini  telah dikongkongi oleh jahiliah  yang  amat  teruk sehingga  apa  yang  kita anggap Islam  telah pun  diasaskan  atas jahiliah.

Jahiliah  dan hawa nafsu mempunyai nilai dan hakikat  yang sama.  Apabila seseorang itu mengikuti hawa nafsu, maka  bermakna ia  telah  mengikut jahiliah. Mereka yang mengikut  hawa  nafsu enggan   mengikut  perintah  Allah Subhanahuwata’ala,   maka   kedapatanlah jahiliah. hawa nafsu tidak boleh membawa kepada Iman dan Islam. Fiman Allah Subhanahuwata’ala:

أَلَمۡ تَرَ إِلَى ٱلَّذِينَ أُوتُواْ نَصِيبٗا مِّنَ ٱلۡكِتَٰبِ يَشۡتَرُونَ ٱلضَّلَٰلَةَ وَيُرِيدُونَ أَن تَضِلُّواْ ٱلسَّبِيلَ ٤٤
Apakah  kamu tidak melihat orang yang telah diberi sebahagian dari al Kitab (Taurat)?.  Mereka membeli (memilih) kesesatan (dengan petunjuk) dan mereka bermaksud supaya kamu tersesat (menyimpang) dari jalan (yang benar). (Surah an-Nisaa’ : 44)

Dewasa  ini kita tidak nampak jahiliah kerana  kita  tidak sedar  dan  tidak  boleh  bertindak  ke  arah  penghapusan  nilai jahiliah.  Kita telah tidak disedarkan dengan perancangan  rapi oleh  musuh Islam. satu perancangan yang teratur dan  rapi  telah dibuat  oleh  musuh-musuh  Islam untuk  menghapuskan  Islam  yang sebenarnya. tetapi kita masih tidak sedar akan keadaan ini kerana semuanya  telah dimanglikan (dibiuskan) oleh  musuh-musuh  dengan sebarang cara yang mereka dapat lakukan.

Jadi   sudah  jelas  pada  kita  bahawa   masalah   penyakit jahiliah  ini  ialah  mengingkari dan  menolak  petunjuk  Allah Subhanahuwata’ala  dan  suka kepada yang tidak baik  dan  jujur.  Orang jahiliah ingin kepada kegelapan  dan mereka tidak sedar  bahawa mereka sedang berada dalam kegelapan (tidak tenang,  kucar-kacir, penyesatan, penyelewengan dan sebagainya). Setelah mereka  keluar dari jahiliah, barulah mereka sedar bahawa mereka sedar  bahawa mereka selama ini telah berada dalam kegelapan jahiliah.

Saidina   Umar  Radhiallahu’anhu  biasa  menangis  dan  ketawa   apabila memikirkan  tentang  keadaan  beliau  ketika  jahiliah.  Beliau menangis  kerana beliau terkenangkan perbuatan  kejamnya  menanam anak perempuannya hidup-hidup ketika jahiliah dan beliau ketawa pernah  ketika  beliau  dalam keadaan  beliau  bermusafir,  telah memakan  tuhannya  yang dibuat dari buah tamar  kerana  kehabisan bekalan sehingga habis berhala sembahan beliau itu sendiri.

Penyelewengan,  kucar-kacir dan sebagainya  dalam  kehidupan hari  ini  berlaku  kerana  ada  kehidupan  jahiliah.   Manusia sekarang  sedang  bermusuhan  di antara miskin  dan  kaya  tetapi mengikut  jahiliah sebab kelahiran  kekucar-kaciran  masyarakat adalah  berpunca  dari  modal atau  pergaduhan  yang  berlaku  di kalangan  manusia yang berkasta atau tekanan ekonomi. Tiada  yang berpendapat bahawa yang berlaku demikian adalah kerana tidak ada hubungan  dengan  sistem Allah Subhanahuwata’ala. Untuk menyelesaikan  sesuatu masalah  hari  ini mereka gunakan aqal sendiri dan  bukan  dengan sistem Allah Subhanahuwata’ala.

Masyarakat  (negara)  boleh  menentukan  samada   masyarakat negara itu berada dalam keadaan jahiliah atau tidak.  Seseorang yang   benar-benar  beriman  kepada  Allah Subhanahuwata’ala   akan   terus memutuskan  hubungan dengan jahiliah pada saat  mula  Islamnya. Akibat  dari keengganan menolak jahiliah ini adalah amat  besar sekali.  Sesiapa sahaja yang bertindak dengan tidak mengikut  apa yang  telah ditentukan oleh Allah Subhanahuwata’ala maka ia adalah  Kafirun, Zalimun dan Fasiqun. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

إِنَّآ أَنزَلۡنَا ٱلتَّوۡرَىٰةَ فِيهَا هُدٗى وَنُورٞۚ يَحۡكُمُ بِهَا ٱلنَّبِيُّونَ ٱلَّذِينَ أَسۡلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَٱلرَّبَّٰنِيُّونَ وَٱلۡأَحۡبَارُ بِمَا ٱسۡتُحۡفِظُواْ مِن كِتَٰبِ ٱللَّهِ وَكَانُواْ عَلَيۡهِ شُهَدَآءَۚ فَلَا تَخۡشَوُاْ ٱلنَّاسَ وَٱخۡشَوۡنِ وَلَا تَشۡتَرُواْ بِ‍َٔايَٰتِي ثَمَنٗا قَلِيلٗاۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡكَٰفِرُونَ ٤٤
Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab Taurat di dalamnya (ada) petunjuk dan cahaya (yang terang), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang Yahudi oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah , oleh orang alim mereka dan pendita-pendita mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka menjadi saksi terhadapnya.  Kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat Ku dengan harga yang sedikit.  Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang yang kafir.
( Surah al Maa-idah : 44)

وَكَتَبۡنَا عَلَيۡهِمۡ فِيهَآ أَنَّ ٱلنَّفۡسَ بِٱلنَّفۡسِ وَٱلۡعَيۡنَ بِٱلۡعَيۡنِ وَٱلۡأَنفَ بِٱلۡأَنفِ وَٱلۡأُذُنَ بِٱلۡأُذُنِ وَٱلسِّنَّ بِٱلسِّنِّ وَٱلۡجُرُوحَ قِصَاصٞۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِۦ فَهُوَ كَفَّارَةٞ لَّهُۥۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ ٤٥
Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At Taurat) bahawasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi dan luka-luka (pun) ada kisasnya.  Barangsiapa yang melepaskan (hak kisas) nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya.  Barangsiapa yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang yang zalim. (Surah al Maa-idah : 45)

وَلۡيَحۡكُمۡ أَهۡلُ ٱلۡإِنجِيلِ بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فِيهِۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ ٤٧
Dan hendaklah orang pengikut Injil, memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah di dalamnya.  Barangsiapa yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan  Allah, maka mereka itu adalah orang yang fasik. (Surah al Maa-idah : 47)

Jahiliah  terdapat  ciri-cirinya dan  boleh  dilihat  dari sifat-sifat berikut:

  • Tidak beriman  sebenarnya  dengan  Allah Subhanahuwata’ala.   nampak jahiliah itu dalam macam-macam keadaan, tindakan dan  mereka tidak menyerahkan semua urusan mereka kepada Allah Subhanahuwata’ala dan  tidak  beriman  sepenuhnya kepada Allah Subhanahuwata’ala.  Iman  yang sebenarnya  ialah  dengan menjadikan Allah Subhanahuwata’ala  sahaja  sebagai Ilah.  Perintah, undang-undang Allah Subhanahuwata’ala sahaja yang  diterima dan patuh. Jika tidak demikian maka Uluhiah kepada Allah Subhanahuwata’ala kita masih tidak sempurna.
  • Mengikut hawa  jahiliah  dan  hawa  nafsu  adalah seiringan. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِهِمۡۗ وَإِنَّ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَٰسِقُونَ ٤٩
dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka.  Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang yang fasik. (Surah al-Maaidah : 49)

Hendaklah  kamu berjaga-jaga kerana mereka memutar  belitkan kamu dengan apa yang diturunkan oleh Allah Subhanahuwata’ala,  jangan biarkan mereka mengelirukan kita. Sebahagian dari hukum Allah Subhanahuwata’ala telah dikelirukan  oleh  jahiliah.  Sekiranya  hawa  nafsu  menghukum walaupun  mengikut syara’ maka masih dikira  sebagai  jahiliah. Sekiranya   Iman  dan  Islam  menghukum   maka   hukuman   adalah sebenarnya  menurut  apa  yang  dikehendaki  oleh  Allah Subhanahuwata’ala. hakikat hawa nafsu sebenarnya berbeza mengikut keadaan dan masa.

  • Thagut

Firman Allah Subhanahuwata’ala

ٱللَّهُ وَلِيُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَوۡلِيَآؤُهُمُ ٱلطَّٰغُوتُ يُخۡرِجُونَهُم مِّنَ ٱلنُّورِ إِلَى ٱلظُّلُمَٰتِۗ أُوْلَٰٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِدُونَ ٢٥٧

Allah   pelindung  bagi  orang  yang   beriman.   Dia mengeluarkan  mereka  dari kegelapan  (jahliah)  kepada  cahaya (keimanan). dan orang kafir, pelindung-pelindungnya  adalah taghut,  yang mengeluarkan mereka dari cahaya  kepada  kegelapan. mereka itu adalah penghuni neraka, kekal mereka di dalamnya.
(Surah al-Baqarah : 257)

Orang beriman dan berjuang (berperang)  kepada  Allah Subhanahuwata’ala  tetapi  orang  jahiliah  berjuang  bermati-matian mengikut perintah taghut.

 

 

Print Friendly, PDF & Email
Tags

Ali Ahmad Foudzi

Editor dakwahdantarbiah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button
Close