Tazkirah Subuh

IMAN DAN ISTIQAMAH

عَنْ أَبِي عَمْرو وَقِيْلَ : أَبِي عَمْرَةَ سُفْيَانُ بْنِ عَبْدِ اللهِ الثَّقَفِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُوْلَ اللهِ قُلْ لِي فِي اْلإِسْلاَمِ قَوْلاً لاَ أَسْأَلُ عَنْهُ أَحَداً غَيْرَكَ . قَالَ : قُلْ آمَنْتُ بِاللهِ ثُمَّ اسْتَقِمْ
Daripada Abu Amru atau digelar juga Abu Amrah Sufian ibn Abdullah RA beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah. (HR Muslim No: 38) Status: Hadis Sahih

Pedoman

1. Keadaan iman boleh turun dan naik, kuat dan lemah. Seorang Mukmin dituntut agar sentiasa mengambil berat soal iman, dan aqidahnya, selalu memperbaharui imannya kepada Allah dan beristiqamah dengannya;

2. Setiap mukmin tidak sunyi dari berhadapan dengan ujian dan dugaan dari Allah SWT.

3. Istiqamah adalah berpendirian teguh atas kebenaran atau beriltizam dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah sama ada dalam i’tiqad, kata-kata mahupun perbuatan.

Print Friendly, PDF & Email

Ali Ahmad Foudzi

Editor dakwahdantarbiah.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button