Home / 2017 / April

Monthly Archives: April 2017

Pengajaran Daripada Sirah Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam Siri 6 : Peringkat-Peringkat Da’wah Islamiyah Semasa Hidup Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam

Da’wah Islam semasa hidup Rasulullah telah menempuhi empat peringkat iaitu: Peringkat pertama: Da’wah secara rahsia memakan masa selama tiga tahun. Peringkat kedua: Da’wah secara terang-terangan tanpa kekerasan, berlangsung sehingga berlakunya peristiwa Hijrah. Peringkat ketiga: Da’wah secara terang-terangan menggunakan senjata untuk mempertahankan diri berjalan hingga pembukaan Mekah mukarramah. Peringkat keempat: Da’wah secara terang-terangan dan mengangkat senjata terhadap mereka yang cuba menghalang perjalanan da’wah. Dalam peringkat inilah dipraktikkan syariat-syariat Islam dan perintah berjihad diturunkan. DA’WAH SECARA RAHSIA Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam memulakan tugas da’wah secara rahsia atau sulit, menyeru manusia supaya menyembah Allah Subhanahuwata’ala yang Maha Esa dan menyingkirkan penyembahan berhala. Ianya dijalankan …

Read More »

Pengajaran Daripada Sirah Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam Siri 5 : Berkhulwah Di Gua Hira’ Dan Penerimaan Wahyu

BERKHULWAH DI GUA HIRA’ Apabila Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam mencapai umur 40  tahun, Baginda gemar mengasingkan diri untuk beribadah dan berkhulwah di Gua Hira’. Selalunya amalan ini memakan masa beberapa hari dan malam. Kadang-kadang melampaui satu bulan. Beginilah keadaan Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam yang berulang alik di antara rumah Baginda dan Gua Hira’ hinggalah datangnya wahyu pertama. PENGAJARAN Kegemaran Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam mengasingkan diri dan beruzlah di Gua Hira’ sebelum diangkat menjadi Rasul, mengandungi makna sangat mendalam bagi umat Islam. Setiap Muslim itu, walaupun sudah baik sifat keislamannya, akhlaknya dan ibadahnya perlu memperuntukkan masa untuk menilai diri sndiri. Perlu terus memperbaiki diri …

Read More »

Pengajaran Daripada Sirah Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam Siri 4 : Penyertaan Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam Dalam Usaha Membina Semula Ka’bah

Ka’bah telah dibina oleh Saidina Ibrahim ‘Alaihissalam untuk tujuan  mengerjakan ibadah kepada Allah Subhanahuwata’ala. Pembinaan ini diselenggarakan mengikut wahyu Ilahi seperti yang tersebut dalam Al-Qur’an: وَإِذۡ يَرۡفَعُ إِبۡرَٰهِ‍ۧمُ ٱلۡقَوَاعِدَ مِنَ ٱلۡبَيۡتِ وَإِسۡمَٰعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلۡ مِنَّآۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ “Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): “Ya Rab kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha mengetahui.” (Al-Baqarah : 127) Setelah beberapa ketika berlalu, Ka’bah yang dibina oleh Saidina Ibrahim itu mula retak dan pecah. Antara bencana yang telah melanda dan merubah Ka’bah ialah banjir. Kerosakan ini menyebabkan puak-puak Quraisy …

Read More »

Pengajaran Daripada Sirah Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam Siri 3: Perniagaan Dengan Harta Khadijah Dan Perkahwinan Baginda

Mengikut apa yang diceritakan oleh Ibnu Atsir dan Ibnu Hisyam bahawa Khadijah Radiallahu‘anha adalah seorang saudagar yang masyhur serta terkenal dengan kemuliaan budi dan kekayaan harta. Sebilangan orang Arab di masa itu meminjam daripada hartanya sebagai modal perniagaan mereka. Bilamana Khadijah mendengar perihal peribadi Nabi Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam yang mulia dan akhlaknya yang terpuji, maka beliau terus mempelawa kepada Baginda untuk menjalankan usaha perniagaan dengan hartanya dan sanggup memberi upah yang lebih daripada apa yang pernah diberikannya kepada orang lain. Pengiring Baginda dalam usaha perniagaan itu ialah seorang budak suruhan Khadijah bernama Maisarah. Tawaran itu diterima baik oleh Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam dengan …

Read More »

Pengajaran Daripada Sirah Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam Siri 2: Perjalanan Pertama Ke Negeri Syam Dan Usaha Mencari Rezeki Halal

Dalam usia dua belas tahun bapa saudara Baginda, Abu Talib, membawanya ke negeri Syam (Syria). Ketika mereka sampai di suatu tempat yang dikenali dengan nama Basra, mereka bertemu dengan seorang paderi bernama Buhaira. Ia seorang yang bijak mengenai Kitab Injil dan agama Nasrani. Ia memerhati Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam, kemudian bertanya kepada Abi Talib: “Budak ini anak tuan hambakah?”. Lantas jawab Abi Talib: “Kenapa tidak! Ya, budak ini anakku.” Oleh kerana Abu Talib terlalu kasih kepada Rasullah sejak kecil lagi, maka beliau menyebut-nyebut Baginda sebagai anaknya. Kemudian Buhaira menegaskan: “Bapa budak ini tidak mungkin masih hidup.” Abu Talib menjawab: “Sebenarnya budak …

Read More »