Home / 2015 / December

Monthly Archives: December 2015

Tasawwur Tarbiah (Konsep Pendidikan)

MUQADDIMAH Tarbiah (pendidikan) adalah wasilah terpenting dan berkesan untuk pembangunan sesuatu ummah. Maju atau mundurnya sesuatu ummah bergantung rapat kepada maju dan mundurnya pendidikan ummah tersebut. Oleh itu tarbiah (pendidikan) menjadi perkara utama di dalam perancangan dan pembangunan sesuatu ummah. Umat manusia tidak dikira sebagai maju atau bertamaddun dalam ertikata sebenar tanpa memiliki sifat atau akhlak mulia. Akhlak mulia dan terpuji tidak lahir secara kebetulan. Pembentukannya perlu melalui proses pentarbiahan dan pendidikan yang betul. Pendidikan secara terancang dikira nadi kepada pembangunan dan pencorak ummah untuk mencapai matlamat yang dicita-citakan. TA’RIF TARBIAH Kata tarbiah berasal daripada bahasa Arab yang membawa erti …

Read More »

Berilah Peringatan

Firman Allah Subhanahuwata’ala: وذكر فان الذكرى تنفع المؤمنين Dan tetaplah memberi peringatan, maka sesungguhnya peringatan itu memberi faedah kepada orang mukmin. (Adz-Dzariyat : 55) Ayat ini menjelaskan bahawa orang beriman akan mendapat manfaat daripada peringatan. Berkesannya peringatan pada diri adalah ciri orang yang beriman dengan Allah Subhanahuwata’ala. Peringatan terbahagi kepada dua: 1. Peringatan untuk diri. Yakni peringatan untuk diri pendakwah sendiri. Dalam konteks ini, setiap pendakwah perlu ingat selalu bahawa kerja­nya adalah fisabilillah (di jalan Allah Subhanahuwata’ala). Pendakwah berkerja tidak bertujuan mendapatkan pujian daripada manusia. Juga pendakwah tidak menunggu ucapan terima kasih daripada sesiapa samada secara langsung atau tidak langsung. …

Read More »

Ukhuwah Islamiyah: Ta’rif, Pemeliharaan Dan Adab-Adabnya

Ta’rif ukhuwah Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna telah mena’rifkan ukhuwah: “Yang saya maksudkan dengan ukhuwah ialah hati dan jiwa yang terikat dengan ikatan aqidah.” Ukhuwah Islamiyah atau persaudaraan Islam bermakna keterikatan hati atau jiwa di kalangan orang Islam. Ia diikat oleh Tauhidullah dan bukan dengan ikatan yang lain. Tauhid kepada Allah Subhanahuwata’ala merupakan ikatan yang paling kukuh. Dengan ukhuwah seseorang itu akan merasai bahagia bersama-sama dengan saudaranya. Perpecahan pula adalah dianggap seperti saudara kepada kekufuran. Darjat ukhuwah Ukhuwah lahir daripada kekuatan kasih sayang. Darjat kasih sayang yang paling rendah ialah salamatus sadr (berlapang dada). Dengan salamatus sadr, tidak ada di dalam hati …

Read More »

Hadits: Semua Amalan Adalah Dengan Niat

(Hadits pertama daripada Himpunan Hadits Arba’in susunan Imam Nawawi) عَنْ أَمِيرِ الْمُؤْمِنِينَ أَبِي حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ: سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ يَقُولُ: “إنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إلَى مَا هَاجَرَ إلَيْهِ” Daripada Amirul Mu’minin Abu Hafs, Umar bin Al-Khattab Radhiallahu’anhu, katanya: “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: ‘Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat, dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya. …

Read More »

Ringkasan Tafsir Surah Al-Fatihah

Surah al-Fatihah diturunkan di Mekah dan terdiri daripada 7 ayat. Surah ini disebut al-Fatihah (pembukaan) kerana surah ini adalah pembukaan atau permulaan al-Quran. Surah ini juga dinamakan “Ummul Quran” (induk al-Quran) atau “Ummul Kitab” (induk Al-Kitab) kerana ia merupakan induk dan intisari bagi isi kandungan al-Quran. Al-Bukhari mengatakan: “Dinamakan dengan Ummul Kitab kerana surah tersebut menjadi surah pembuka dalam penyusunan mashafnya, dan juga menjadi pembuka pada bacaan dalam solat.” Dinamakan juga “As-Sab’ul matsaani” (tujuh yang berulang-ulang) kerana ayatnya yang tujuh dibaca berulang-ulang dalam solat.  بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ٱلۡحَمۡدُ …

Read More »

Tuntutan Berdakwah Secara Gerakan Organisasi

Tuntutan berdakwah secara gerakan organisasi adalah merupakan tuntutan syar’i yang wajib diberi perhatian dan diambil kira oleh setiap da’i yang menyeru manusia kepada Islam sebagai ad-Din (tatacara hidup). Gesaan dan tuntutan ini jelas dari nas-nas al-Quran dan Sunnah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, antaranya: Ayat Al-Qur’an: ولتكن منكم امة يدعون الى الخير ويامرون بالمعروف وينهون عن المنكر واولئك هم المفلحون “Dan hendaklah ada di antara kamu satu ummah (jama’ah) yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah daripada mungkar dan mereka itulah orang yang beruntung.” –Surah Ali Imran, ayat 104. ان الله يحب الذين يقاتلون في سبيله صفا كانهم بنيان مرصوص “Sesungguhnya …

Read More »

Janganlah Berputus Asa Untuk Bertaubat

Islam menyeru kepada kebaikan Islam adalah manhaj kehidupan yang terang, jelas dan terbaik. Manhaj ini sudah   cukup untuk membimbing manusia mencapai tahap   yang tinggi   dan melayakkannya menjadi khalifah Allah Subhanahuwata’ala di muka bumi ini. Ramai manusia yang tersesat, melakukan maksiat dan terseleweng daripada jalan yang terang dan jelas, sama ada disebabkan kejahilan, terpengaruh dengan suasana, tunduk kepada hawa nafsu atau terpesona dengan seruan yang sia-sia. Penyelewengan-penyelewengan ini menurunkan darjat manusia dan menghalangnya daripada kesucian dan ketinggian. Akhirnya,   jatuhlah nilai dirinya dan lemahlah tenaganya. Dan juga jatuhlah ia ke dalam suasana yang menghalangnya daripada mengikuti kebenaran. Bilamana manusia sampai …

Read More »

Maksiat Dan Kesan-Kesannya Di Dunia

Maksiat lawannya taat. Hanya Allah Subhanahuwata’ala dan Rasul-Nya yang dapat menentukan sesuatu amalan itu sama ada amalan taat atau amalan maksiat. Maksiat mempunyai kesannya sepertimana taat juga mempunyai kesannya. Ketaatan menjadi suatu yang manis bagi seorang mu’min, manakala maksiat adalah suatu kelazatan bagi si penderhaka kepada Allah Subhanahuwata’ala. Sesungguhnya maksiat dan pengaruhnya sangat membahayakan insan di dunia dan akhirat. Mu’min sentiasa berhati-hati dalam kehidupan hariannya agar tidak terperangkap dalam kemaksiatan. Kita hendaklah belajar daripada al-Quran dan As-Sunnah untuk memahami perkara-perkara taat dan perkara-perkara maksiat. Kesan-kesan kemaksiatanyang dilakukan oleh seseorang hamba dapat dilihat semasa hidupnya di dunia ini lagi.Kesan-kesan itu ialah: …

Read More »

Berzikirlah Kepada Allah Subhanahuwata’ala Sentiasa

Zikrullah adalah siraman bagi pokok iman Kita berdoa kepada Allah Subhanahuwata‘ala semoga kita terus diberikan hidayah oleh-Nya dan istiqamah di atas jalan-Nya agar kita dapat terus mentauhidkan-Nya, beriman dan ber’ubudiyyah hanyasanya kepada-Nya. Hendaklah kita menyedari bahawa aqidah tauhid yang betul akan menghasilkan buah-buah (natijah-natijah) yang baik. Ia ibarat pokok yang baik (طيبة), maka sudah tentu akan mengeluarkan buah yang baik. Perhatikanlah Firman Allah Subhanahuwata‘ala di dalam Surah Ibrahim ayat 24 – 25: أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلٗا كَلِمَةٗ طَيِّبَةٗ كَشَجَرَةٖ طَيِّبَةٍ أَصۡلُهَا ثَابِتٞ وَفَرۡعُهَا فِي ٱلسَّمَآءِ ٢٤ تُؤۡتِيٓ أُكُلَهَا كُلَّ حِينِۢ بِإِذۡنِ رَبِّهَاۗ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَذَكَّرُونَ …

Read More »

Bersyukur Kepada Allah Subhanahuwata’ala Atas Nikmat-Nya Yang Amat Banyak

Nikmat Allah Subhanahuwta’ala yang banyak Marilah kita terus bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwata‘ala kerana kita terpilih menjadi orang yang beriman ditengah-tengah majoriti masyarakat dunia yang tidak beriman kepada Allah Subhanahuwata‘ala. الحمد لله الذى هدانا لهذا وما كنا لنهتدي لولا أن هدانا الله Puji-pujian dirafa’kan kepada Allah Subhanahuwata‘ala yang telah memberi hidayah kepada kita ke jalan ini (jalan iman atau jalan Islam). Sebenarnya kita tidak akan mendapat hidayah itu sekiranya tidak dikurniakan oleh Allah Subhanahuwata‘ala. Hakikatnya, nikmat Allah Subhanahuwata‘ala ke atas kita tidak terhitung banyaknya. Allah Subhanahuwata‘ala telah tegaskan di dalam al-Quran ayat 34 Surah Ibrahim: وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ لَا …

Read More »