Home / Tag Archives: Harakah

Tag Archives: Harakah

Ciri-Ciri Keistimewaan Bergerak Secara Organisasi (Ciri 1)

CIRI 1: WUJUDNYA PEMBENTUKAN UKHUWAH ISLAMIYAH Antara keistimewaan berdakwah secara gerakan organisasi ialah wujudnya pembentukan ukhuwah (persaudaraan) dan kasih sayang kerana Allah Subhanahuwata’ala, yang diasaskan atas ikatan akidah. Ikatan akidah merupakan sekukuh-kukuh ikatan atau asas, iaitu beriman kepada Allah Subhanahuwata’ala dan prinsip-prinsip keimanan yang lain.[1] Ukhuwah ini menghasilkan sifat tolong menolong dan bekerjasama dalam melaksanakan ketaatan dan pesan memesan dengan kebenaran serta pesan memesan dengan kesabaran. Pemilik-pemilik ukhuwah ini akan sanggup menghadapi sebarang kesusahan dalam perjalanan dakwah untuk membina masyarakat dan ummah Islamiyah. Dengan wujudnya pembentukan ukhuwah ini dapatlah gerakan organisasi memperlihatkan contoh dan mempersaksikan Islam yang didakwahkan dalam bentuk …

Read More »

Asas-Asas Penting Yang Perlu Wujud Dalam Organisasi Dakwah (Asas 4)

ASAS 4 : CARA-CARA MENYAMPAIKAN DAKWAH   Berbagai-bagai cara boleh digunakan oleh gerakan organisasi di dalam menyampaikan dakwah. Semuanya bertujuan untuk menyebarkan keyakinan, kesedaran dan kefahaman Islam yang sebenar kepada masyarakat, supaya jelas kepada mereka tentang ajaran Islam yang mereka anuti, sehingga mereka menerima dan mempertahankannya serta merasa perlu Islam dilaksanakan di dalam kehidupan. Serta, menentang terhadap orang yang menyelewengkan ajaran Islam dan mempertahankan orang yang berdakwah kepadanya. Apabila suasana sebegini telah wujud maka adalah lebih mudah kepada para da’i untuk melaksanakan dakwah dan seterusnya dapat mewujudkan unit-unit organisasi di seluruh kawasan bagi memesatkan lagi kefahaman dan kesedaran Islam. Segala …

Read More »

Asas-Asas Penting Yang Perlu Wujud Dalam Organisasi Dakwah (Asas 3)

ASAS 3: USAHA-USAHA MESTILAH MENGIKUT SISTEM (MANHAJ) TERTENTU Segala usaha yang dijalankan untuk perubahan menyeluruh mestilah mengikut manhaj  tertentu. Antara perkara yang terkandung dalam manhaj ialah: Wasilah atau jalannya mestilah syarak, dan menolak sama sekali kaedah di mana matlamat dapat membersihkan jalan.[1] Matlamat dakwah ialah untuk melaksanakan Islam, maka jalan ke arah pencapaian matlamat juga mestilah Islam (Rabbaniyah al-Ghayah wal Wijhah wa Rabbaniyah al-Manhaj). Maka, barulah akan melahirkan natijah Islam seperti yang Allah Subhanahuwata’ala kehendaki. Di atas asas ini, adalah harus menggunakan seluruh wasilah yang diterima oleh syarak untuk melaksanakan dakwah, sama ada melalui media cetak seperti penyebaran buku-buku dan …

Read More »

Asas-Asas Penting Yang Perlu Wujud Dalam Organisasi Dakwah (Asas 1)

ASAS 1: KEGIATAN MESTILAH LAHIR DARIPADA ORGANISASI Segala gerakan dan aktiviti luar dakwah yang dilaksanakan di dalam menyeru kepada matlamat Rabbani hendaklah lahir daripada organisasi dakwah itu sendiri. Ini tidaklah bermakna bahawa segala gerakan dan kegiatan itu semestinya dilaksanakan oleh semua anggota, malah ia boleh dijalankan oleh seseorang da’i atau beberapa orang dengan syarat ianya memenuhi dan menepati tujuan serta lahir daripada fikrah (pemikiran) organisasi, yang bererti bahawa setiap aktiviti dan gerakan anggota adalah mewakili organisasi. Da’i harus menyedari setiap masa bahawa beliau berada di dalam barisan (organisasi)[1] di mana sahaja beliau berada dan terikat dengan matlamat dan jalan, polisi …

Read More »