Home / Tsaqafah / Fiqh Islam

Fiqh Islam

Pengenalan Ibadah Zakat

APAKAH PENGERTIAN ZAKAT ITU? Zakat adalah salah satu rukun Islam yang lima. Zakat bererti  “tumbuh dan bertambah”, juga boleh diertikan dengan berkat, bersih, suci, subur dan berkembang maju. Kita selaku umat Islam telah diwajibkan oleh Allah Subhanahuwata’ala untuk mengeluarkan zakat, seperti firman-Nya: وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ ٥٦ Dan dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat dan taatlah kepada Rasul, supaya kamu diberi rahmat. (Surah An-Nur, 24 : 56) Dalam ayat yang lain Allah Subhanahuwata’ala menjelaskan bahawa orang yang mentaati perintah Allah Subhanahuwata’ala, khususnya dalam menunaikan zakat, nescaya Dia akan mensucikan jiwa mereka. Firman-Nya: خُذۡ مِنۡ أَمۡوَٰلِهِمۡ صَدَقَةٗ تُطَهِّرُهُمۡ …

Read More »

Pengenalan Ibadah Puasa

Ta’rif Puasa Puasa dari sudut bahasa bererti menahan diri daripada sesuatu seperti kata-kata dan makanan. Dalilnya: فَكُلِي وَٱشۡرَبِي وَقَرِّي عَيۡنٗاۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ ٱلۡبَشَرِ أَحَدٗا فَقُولِيٓ إِنِّي نَذَرۡتُ لِلرَّحۡمَٰنِ صَوۡمٗا فَلَنۡ أُكَلِّمَ ٱلۡيَوۡمَ إِنسِيّٗا Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu. Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah: “Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini. (Maryam : 26) Puasa dari sudut syara’ bererti menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat. Sejarah Pensyari’atan Puasa       Puasa …

Read More »

Pengenalan Ibadah Solat

Pengertian Solat Dari segi bahasa solat bermaksud doa. Dari segi istilah pula solat ialah: Beberapa perbuatan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam mengikut rukun-rukun dan syarat-syarat tertentu. Syarat Wajib Solat Islam. Baligh. Berakal, Suci daripada haid dan nifas bagi kaum wanita. Syarat Sah Solat Beragama Islam. Suci daripada hadas kecil dan hadas besar. Suci seluruh anggota badan, pakaian dan tempat. Menutup aurat. Lelaki: bermula daripada pusat hingga lutut. Perempuan: seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Menghadap ke qiblat. Mengetahui tentang masuknya waktu solat sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang …

Read More »

Bersuci: Mandi Wajib

Mandi wajib ialah mandi yang bertujuan menyucikan seseorang daripada hadas besar agar sah ibadahnya. Sebab-sebab Dimestikan Mandi Wajib Janabah/Junub Haid Wiladah Nifas Mati 1. Janabah/Junub  Sebab-sebab seseorang itu berjunub ialah: Keluar air mani, samada daripada kalangan orang lelaki atau orang perempuan, dengan cara bermimpi, bermain-main, melihat sesuatu yang menaikkan nafsu, berfikir yang bukan-bukan atau keluar mani tanpa apa-apa sebab. Berjima’ atau bersetubuh sekalipun tanpa keluar mani. Seseorang yang melakukan jima’ dikira berjunub walaupun tidak keluar air mani. Yang dimasukkan dengan jima’ ialah memasukkan kepala zakar ke dalam lubang faraj sekalipun faraj binatang atau mayat.  Seseorang yang berjunub wajib baginya melakukan …

Read More »

Bersuci: Wudhuk

Pengertian 1. Wudhuk ertinya membasuh dan menyapu anggota badan yang tertentu dengan niat yang tertentu. Ia adalah salah satu cara bersuci. 2. Dari segi syarak pula bererti beberapa perbuatan tertentu yang dimulai dengan niat. Rukun Wudhuk 1. Niat Niat mengangkat hadas atau niat menunaikan wudhuk atau sebagainya. Contoh lafaz niat wudhuk: Lafaz niat 1 : نويت رفع الحدث الأصغر لله تعالى (saya berniat mengangkat hadas kecil kerana Allah Ta’ala). Lafaz niat 2 : نويت الوضوء لله تعالى (saya niat berwudhuk kerana Allah Ta’ala). Bagi mereka yang sentiasa berhadas (disebabkan istihadhah – darah yang sentiasa keluar bagi wanita, atau disebabkan salisul baul …

Read More »

Solat-Solat Sunat

Abu Hurairah ada meriwayatkan sebuah hadits: إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ النَّاسُ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ أَعْمَالِهِمُ الصَّلَاةُ، يَقُولُ رَبُّنَا جَلَّ وَعَزَّ لِمَلَائِكَتِهِ- وَهُوَ أَعْلَمُ-: انْظُرُوا فِي صَلَاةِ عَبْدِي أَتَمَّهَا أَمْ نَقَصَهَا؟ فَإِنْ كَانَتْ تَامَّةً كُتِبَتْ لَهُ تَامَّةً، وَإِنْ كَانَ انْتَقَصَ مِنْهَا شَيْئًا قَالَ: انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ؟ فَإِنْ كَانَ لَهُ تَطَوُّعٌ قَالَ: «أَتِمُّوا لِعَبْدِي فَرِيضَتَهُ مِنْ تَطَوُّعِهِ» ثُمَّ تُؤْخَذُ الأَعْمَالُ عَلَى ذَاكُمْ Sesungguhnya pertama sekali yang akan dihitung daripada amal perbuatan manusia pada Hari Kiamat kelak adalah solat. Allah Subhanahuwata’ala akan berfirman kepada Malaikat-Nya, “Wahai Malaikat-Ku, periksalah solat hamba-Ku, sudahkah sempurna solatnya atau masih kurang?” Apabila didapati sudah cukup …

Read More »