Home / Dasar Umum Islam (page 5)

Dasar Umum Islam

Berzikirlah Kepada Allah Subhanahuwata’ala Sentiasa

Zikrullah adalah siraman bagi pokok iman Kita berdoa kepada Allah Subhanahuwata‘ala semoga kita terus diberikan hidayah oleh-Nya dan istiqamah di atas jalan-Nya agar kita dapat terus mentauhidkan-Nya, beriman dan ber’ubudiyyah hanyasanya kepada-Nya. Hendaklah kita menyedari bahawa aqidah tauhid yang betul akan menghasilkan buah-buah (natijah-natijah) yang baik. Ia ibarat pokok yang …

Read More »

Bersyukur Kepada Allah Subhanahuwata’ala Atas Nikmat-Nya Yang Amat Banyak

Nikmat Allah Subhanahuwta’ala yang banyak Marilah kita terus bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwata‘ala kerana kita terpilih menjadi orang yang beriman ditengah-tengah majoriti masyarakat dunia yang tidak beriman kepada Allah Subhanahuwata‘ala. الحمد لله الذى هدانا لهذا وما كنا لنهتدي لولا أن هدانا الله Puji-pujian dirafa’kan kepada Allah Subhanahuwata‘ala yang telah memberi …

Read More »

Taqwa

Pengertian taqwa Suatu hari Saidina Umar Radiallahuanhu pernah bertanya kepada Ubai bin Ka’ab tentang taqwa, “Apakah yang dimaksudkan tentang taqwa ya Ubai?”. Kata Ubai, “Tidakkah engkau pernah melalui satu jalan yang banyak duri?”. Jawab Umar, “Ya, saya pernah”. Kata Ubai, “Apakah yang engkau buat?”. Kata Umar, “Saya angkat kain dan …

Read More »

Mengikhlaskan Niat Kepada Allah Subhanahuwata’ala

Pendahuluan  Ikhlas merupakan perkara asas dan natijah iman yang tinggi. Ia satu kedudukan yang tinggi dalam din dan akhlak bagi para insan rabbani. Allah Subhanahuwata’ala tidak menerima amalan atau perbuatan tanpa disertai keikhlasan. Firman Allah Subhanahuwata’ala: وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ Padahal mereka tidak disuruh kecuali …

Read More »

Tanda-Tanda Cintakan Allah Subhanahuwata’ala

Cintakan Allah Subhanahuwata‘ala mempunyai tanda-tanda yang dapat dilihat dalam keperibadian hamba-hamba yang cintakan-Nya. Antaranya ialah: 1. Selalu menyebut-Nya (az-zikr) Apabila seseorang mencintai sesuatu maka ia akan sering menyebutnya. Oleh kerana Allah Subhanahuwata‘ala yang paling berhak dicintai, maka Dia-lah yang paling layak diingati dan disebut-sebut. Firman-Nya: إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ …

Read More »

Cinta

Pengertian cinta Cinta adalah perasaan jiwa seperti kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan dan pengharapan kepada sesuatu. Cinta juga bermakna keinginan, tarikan dan keterikatan dengan sesuatu. Cinta merupakan perasaan semula jadi (fitrah) yang menjadi satu sifat daripada sifat-sifat manusia. Sifat cinta Sebagaimana sifat hati yang sering berubah-ubah, maka begitu jugalah sifat cinta yang …

Read More »

Ibadah Yang Berkualiti

Alangkah ruginya segala pengorbanan, curahan tenaga dan perbelanjaan sekiranya tidak mendapat keredhaan Allah Subhanahuwata‘ala. Ini terjadi apabila sesuatu amalan itu dilakukan bermatlamatkan dunia atau berasaskan hawa nafsu semata-mata.Rugi tenaga, masa, harta benda dan segala-galanya.Oleh itu wajiblah kita meletakkan segala kerja dan amalan kita di atas aqidah yang betul dan hati …

Read More »

Amal Soleh

Pengertian amal soleh Amal soleh ialah segala amalan yang diredhai Allah Subhanahuwata‘ala, yang memenuhi dua syarat: Amalan itu hendaknya sesuai dengan ajaran Islam. Amalan itu bertujuan untuk mencapai keredhaan dan ketaatan kepada Allah Subhanahuwata‘ala. Apabila sesuatu amalan tidak memenuhi kedua syarat di atas, atau hanya dapat memenuhi salah satu daripada …

Read More »

Kewajipan-Kewajipan Hamba Allah Subhanahuwata’ala Dan Pengikut Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam

Kita perlulah memahami bahawa kewajipan hamba kepada Allah Subhanahuwata‘ala adalah ber’ubudiyyah (عبودية) atau beribadah, takut (خشية), bertaqwa, berdoa dan bertawakkal kepada-Nya semata-mata. Maka, selaku hamba Allah Subhanahuwata‘ala, hadapkanlah sepenuhnya kepada Allah Subhanahuwata‘ala semata-mata, tidak kepada makhluk. Kewajipan hamba Allah Subhanahuwata‘ala adalah: 1. Ber’ubudiyyah (عبودية) atau beribadah kepada Allah Subhanahuwata‘ala semata-mata Firman-Nya: وَمَا …

Read More »

Iman

Pengertian dan ciri-ciri iman Iman adalah membenarkan dengan hati, mengaku dengan aqal fikiran dan membuktikan dengan amalan-amalan. Hati yang beriman ialah hati yang benar-benar yakin dan percaya kepada Allah Subhanahuwata’ala dan rasul-Nya. Tasdiq atau keyakinan yang tidak bercampur syak dan tidak ragu-ragu. Juga tidak ada rasa tidak puas hati, rasa …

Read More »