Home / Dasar Umum Islam (page 3)

Dasar Umum Islam

Menahan Bisikan Nafsu Dan Gejolak Jiwa

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: إِذَا حَاكَ فِي قلبِكَ شَيْءٌ فَدَعْهُ Apabila ada sesuatu yang bergejolak dalam hatimu, maka tinggalkanlah (Riwayat Ibn Hibban)[1] Sekilas Penjelasan Manusia, secara fitrahnya, memiliki kecenderungan yang kuat untuk melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada keburukan. Namun kekuatan fitrah sering berhadapan dengan bisikan syaitan dan dorongan hawa nafsu, sehingga timbul gejolak dalam jiwa. Apabila gejolak jiwa itu cenderung untuk mengajak kepada keburukan, maka seorang hamba haruslah segera tinggalkan segala bisikan jahat tersebut, disusuli dengan memperkuatkan aspek keimanan seperti memperbanyakkan zikir pada saat bersendirian, bergaul dengan rakan-rakan yang soleh, pengambil posisi sebagai da’i (penda’wah) dan terus-menerus meningkatkan ilmu agama …

Read More »

Mujhahid Ialah Orang Yang Berjihad Melawan Nafsu

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: الْمُجَاهِدُ مَنْ جَاهَدَ نَفْسَهُ فِي اللهِ Mujahid adalah orang yang berjihad melawan nafsunya di jalan Allah. (Riwayat Ibn Hibban)[1]  SEKILAS PENJELASAN Dalam hadits ini, Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam mengajak kita melihat diri kita sendiri, kemudian melakukan tindakan yang tepat terhadap nafsu dan diri kita. Sesungguhnya jihad yang pelbagai bentuk tidak akan berhasil jika tidak diawali dengan jihadun nafs (jihad melawan nafsu). Kita perlu selalu ingat bahawa mujahid sejati ialah orang yang berjihad melawan nafsunya untuk taat dan istiqamah di jalan Allah Subhanahuwata’ala. HIKMAH TARBAWIYAH Mengapa Orang Yang Melawan Nafsunya Disebut Mujahid? 1. Apa pun bentuk jihad di sisi Allah …

Read More »

Saya Mestilah Mampu Menguasai Diri

Dalam kehidupan ini, manusia sentiasa bertarung dengan dirinya sendiri. Adakalanya ia menang dan adakalanya ia kecundang, atau pun ia tetap berada dalam pertarungan yang berterusan. Sememangnya pertarungan ini suatu yang berterusan hinggalah ajal menjemput manusia. Firman Allah Subhanahuwata’ala: وَنَفۡسٖ وَمَا سَوَّىٰهَا ٧ فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَىٰهَا ٨  قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّىٰهَا ٩ وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّىٰهَا ١٠ Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.  (Surah Asy-Syams : 7-10) Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menggambarkan hal yang sama dalam hadits baginda: تُعرَضُ الفتنُ علَى …

Read More »

Redha Dengan Allah Subhanahuwata‘ala, Islam Dan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: ذَاقَ طَعْمَ الإِيمَانِ مَنْ رَضِيَ بِاللهِ رَبًّا وَبِالإِسْلامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولاً Telah merasakan lazatnya iman, orang yang redha bahawa Allah sebagai Rab, Islam sebagai Din, dan Muhammad sebagai Rasul. (Riwayat Muslim)[1] SEKILAS PENJELASAN Hadits ini menegaskan bahawa seorang muslim tidak boleh menjadikan selain daripada Allah Subahanahuwata‘ala sebagai Rab yang disembah atau dituju, tidak boleh berjalan melainkan mengikuti jalan Islam dan tidak boleh melakukan sesuatu melainkan mengikuti syari‘at Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam. Apabila dia melakukan semua hal ini, maka dia akan merasai kelazatan iman. HIKMAH TARBAWIYAH Perngertian Redha Dan Syarat-Syarat Kesempurnaannya Redha bermakna merasa puas dengan sesuatu sehingga tidak …

Read More »

Menjauhi Hal-Hal Yang Haram

اِتَّقِ الْمَحَارِمَ تَكُنْ أَعْبَدَ النَّاسِ Peliharalah dirimu daripada perkara yang haram, nescaya kamu akan menjadi ahli ibadat yang paling hebat (Riwayat at-Tirmizi)[1] Sekilas Penjelasan Hadits ini menyeru agar setiap muslim menjaga dirinya daripada sesuatu yang diharamkan oleh Allah Subhanahuwata‘ala apabila beliau ingin menjadi seorang ahli ibadah yang hebat. Ini kerana salah satu sasaran terpenting daripada ibadah kepada Allah Subhanahuwata‘ala adalah merealisasikan ketaatan mutlak kepada Allah Subhanahuwata‘ala dengan menjalankan hal-hal yang diperintahkan-Nya dan menjauhi hal-hal yang dilarang-Nya Hikmah Tarbawiyah Mengapa menjauhi hal haram dikira ahli ibadah terhebat? 1. Menjauhkan diri daripada hal-hal yang haram adalah salah satu ibadah yang terbaik. Al-Hasan …

Read More »

Adab Jiwa Dalam Beribadah

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: صَلُّوا خَمْسَكُمْ وَصُومُوا شَهْرَكُمْ وَحُجُّوا بَيْتَكُمْ وَأَدُّوا زَكَاةَ أَمْوَالَكُمْ طَيِّبَةً بِهَا أَنْفُسَكُمْ تَدْخُلُوا جَنَّةَ رَبِّكُمْ Laksanakanlah solat lima waktumu, kerjakan puasamu, berhajilah ke ka’bahmu, dan tunaikanlah zakat harta bendamu dengan ketulusan dan keredhaan jiwamu (an-nafs at-tayyibah), necaya kamu akan masuk syurga Rabmu. (Riwayat at-Tabrani)[1] SEKILAS PENJELASAN Setelah mengikrarkan syahadah dengan penuh ikhlas, hendaknya seorang muslim melaksanakan solat fardu, berpuasa Ramadhan, menunai zakat dan melakukan haji dengan penuh keikhlasan dan keredhaan hati. Apabila kelima-lima rukun ini ditunaikan dengan penuh keikhlasan dan keredhaan hati maka Allah Subhanahuwata‘ala akan memasukkannya ke dalam syurga yang penuh nikmat. HIKMAH TARBAWIYAH Makna An-Nafs …

Read More »

Islam Tidak Berkompromi Dengan Jahiliyah

Islam adalah din (sistem hidup) pilihan Allah Kita hendaklah menyedari bahawa hanya Islam satu-satunya din (sistem hidup) yang dipilih oleh Allah Subhanahuwata‘ala untuk insan seluruhnya dan Allah Subhanahuwata‘ala telah tegaskan bahawa sesiapa yang mencari dan mengambil din lain atau cara hidup lain daripada Islam, maka sekali-kali tidak diterima-Nya sepertimana dalam ayat 85, Surah Ali-Imran: وَمَن يَبۡتَغِ غَيۡرَ ٱلۡإِسۡلَٰمِ دِينٗا فَلَن يُقۡبَلَ مِنۡهُ وَهُوَ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ Dan sesiapa yang mencari din selain din Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak daripada orang yang rugi (Surah Ali-Imran : 85) Tuntutan Allah Subhanahuwata‘ala ini bukan di …

Read More »

Tasawwur Jahiliyah Berdasarkan Al-Quran

Makna jahiliyah Banyak manusia kini tidak memahami konsep jahiliyah dengan betul. Akibatnya mereka tidak dapat menilai dengan betul akan realiti kehidupan hari ini. Justeru itu,  kita perlulah memahami tasawwur jahiliyah agar penilaian kita terhadap realiti kini selaras dengan hakikat sebenar. Lafaz ‘Jahiliyah’ merupakan istilah yang terdapat dalam Al-Quran.  Ibn Taimiyah dalam menjelaskan makna lughawi ‘jahl’ mengatakan: Iaitu tidak mempunyai ilmu atau tidak mengikut ilmu. Maka orang yang tidak tahu haq, dia adalah jahil ringan. Tetapi jika dia meyakini sesuatu yang bertentangan dengan haq sebagai suatu kebenaran,  dia disebut jahil murakkab. Demikian pula, orang yang mengamalkan sesuatu yang bertentangan dengan haq, …

Read More »

Apakah Yang Dituntut Oleh Islam Ke Atas Kita ?

Tajuk ini memang besar dan luas. Apa yang dibentangkan di sini hanya sekadar gambaran ringkas sahaja. Antara tuntutan Islam ke atas kita ialah: 1. Islam dalam Aqidah. Iaitu aqidah salimah sahihah (sejahtera dan benar) yang tepat sepertimana anjuran Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam. Seorang Muslim dikehendaki beriman sepertimana generasi pertama Islam telah beriman. Merekalah model utama untuk kita. 2. Islam dalam Ibadah. Islam dalam ibadah bermakna pengabdian yang sempurna kepada Allah Subhanahuwata‘ala dalam semua aspek kehidupan. Fahaman mengenai ibadah mestilah betul dan bertepatan dengan keterangan Al-Quran. Kita perlu menghayati ibadah dalam ertikata sebenarnya dalam kehidupan kita. Firman Allah Subhanahuwata‘ala: وَمَا …

Read More »

Erti Menerima Islam

Ragam manusia hari ini menerima Islam Ramai orang telah berpuas hati dengan mengakui menganut Islam. Persoalan yang kita perlu fikirkan, apakah telah memadai dengan pengakuan sahaja? Jawapannya, apabila kita menganut din Islam  tidaklah memadai dengan pengakuan sahaja tanpa memenuhi tuntutan-tuntutannya. Ramai juga orang yang menganggap bahawa apabila ibubapa mereka Islam maka mereka pun terus menjadi Islam sebenar walaupun tidak melaksanakan kewajipan-kewajipannya. Sesungguhnya, Islam itu bukanlah suatu warisan. Juga, Al-Quran bukanlah suatu warisan daripada Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam semata-mata. Al-Quran merupakan kitab Allah Subhanahuwata‘ala yang diturunkan kepada Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam untuk difahami dan dijadikan panduan hidup umat manusia. Ramai juga orang yang memeluk Islam …

Read More »