Home / Dasar Umum Islam / Keperibadian (page 2)

Keperibadian

Maksiat Dan Kesan-Kesannya Di Dunia

Maksiat lawannya taat. Hanya Allah Subhanahuwata’ala dan Rasul-Nya yang dapat menentukan sesuatu amalan itu sama ada amalan taat atau amalan maksiat. Maksiat mempunyai kesannya sepertimana taat juga mempunyai kesannya. Ketaatan menjadi suatu yang manis bagi seorang mu’min, manakala maksiat adalah suatu kelazatan bagi si penderhaka kepada Allah Subhanahuwata’ala. Sesungguhnya maksiat dan pengaruhnya sangat membahayakan insan di dunia dan akhirat. Mu’min sentiasa berhati-hati dalam kehidupan hariannya agar tidak terperangkap dalam kemaksiatan. Kita hendaklah belajar daripada al-Quran dan As-Sunnah untuk memahami perkara-perkara taat dan perkara-perkara maksiat. Kesan-kesan kemaksiatanyang dilakukan oleh seseorang hamba dapat dilihat semasa hidupnya di dunia ini lagi.Kesan-kesan itu ialah: …

Read More »

Berzikirlah Kepada Allah Subhanahuwata’ala Sentiasa

Zikrullah adalah siraman bagi pokok iman Kita berdoa kepada Allah Subhanahuwata‘ala semoga kita terus diberikan hidayah oleh-Nya dan istiqamah di atas jalan-Nya agar kita dapat terus mentauhidkan-Nya, beriman dan ber’ubudiyyah hanyasanya kepada-Nya. Hendaklah kita menyedari bahawa aqidah tauhid yang betul akan menghasilkan buah-buah (natijah-natijah) yang baik. Ia ibarat pokok yang baik (طيبة), maka sudah tentu akan mengeluarkan buah yang baik. Perhatikanlah Firman Allah Subhanahuwata‘ala di dalam Surah Ibrahim ayat 24 – 25: أَلَمۡ تَرَ كَيۡفَ ضَرَبَ ٱللَّهُ مَثَلٗا كَلِمَةٗ طَيِّبَةٗ كَشَجَرَةٖ طَيِّبَةٍ أَصۡلُهَا ثَابِتٞ وَفَرۡعُهَا فِي ٱلسَّمَآءِ ٢٤ تُؤۡتِيٓ أُكُلَهَا كُلَّ حِينِۢ بِإِذۡنِ رَبِّهَاۗ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمۡ يَتَذَكَّرُونَ …

Read More »

Bersyukur Kepada Allah Subhanahuwata’ala Atas Nikmat-Nya Yang Amat Banyak

Nikmat Allah Subhanahuwta’ala yang banyak Marilah kita terus bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwata‘ala kerana kita terpilih menjadi orang yang beriman ditengah-tengah majoriti masyarakat dunia yang tidak beriman kepada Allah Subhanahuwata‘ala. الحمد لله الذى هدانا لهذا وما كنا لنهتدي لولا أن هدانا الله Puji-pujian dirafa’kan kepada Allah Subhanahuwata‘ala yang telah memberi hidayah kepada kita ke jalan ini (jalan iman atau jalan Islam). Sebenarnya kita tidak akan mendapat hidayah itu sekiranya tidak dikurniakan oleh Allah Subhanahuwata‘ala. Hakikatnya, nikmat Allah Subhanahuwata‘ala ke atas kita tidak terhitung banyaknya. Allah Subhanahuwata‘ala telah tegaskan di dalam al-Quran ayat 34 Surah Ibrahim: وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ لَا …

Read More »

Taqwa

Pengertian taqwa Suatu hari Saidina Umar Radiallahuanhu pernah bertanya kepada Ubai bin Ka’ab tentang taqwa, “Apakah yang dimaksudkan tentang taqwa ya Ubai?”. Kata Ubai, “Tidakkah engkau pernah melalui satu jalan yang banyak duri?”. Jawab Umar, “Ya, saya pernah”. Kata Ubai, “Apakah yang engkau buat?”. Kata Umar, “Saya angkat kain dan saya berhati-hati melangkah”. Kata Ubai, “Itulah taqwa.” Taqwa adalah satu pengawasan. Untuk sampai ke peringkat taqwa seperti ini, maka seseorang itu perlulah melalui jalan iman dan memahami benar-benar akan Islam terutama perkara-perkara yang fardu dan wajib. Kalau tidak melalui jalan ini maka seseorang tidak boleh menjadi seorang yang bertaqwa pada …

Read More »

Mengikhlaskan Niat Kepada Allah Subhanahuwata’ala

Pendahuluan  Ikhlas merupakan perkara asas dan natijah iman yang tinggi. Ia satu kedudukan yang tinggi dalam din dan akhlak bagi para insan rabbani. Allah Subhanahuwata’ala tidak menerima amalan atau perbuatan tanpa disertai keikhlasan. Firman Allah Subhanahuwata’ala: وَمَآ أُمِرُوٓاْ إِلَّا لِيَعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مُخۡلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ حُنَفَآءَ Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) din yang lurus (Surah Al-Bayyinah:5)  أَلَا لِلَّهِ ٱلدِّينُ ٱلۡخَالِصُۚ Ingatlah hanya kepunyaan Allah din (cara hidup) yang bersih daripada syirik (Surah Az-Zumar:3) فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلٗا صَٰلِحٗا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدَۢا ١١٠ Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Rabnya …

Read More »

Tanda-Tanda Cintakan Allah Subhanahuwata’ala

Cintakan Allah Subhanahuwata‘ala mempunyai tanda-tanda yang dapat dilihat dalam keperibadian hamba-hamba yang cintakan-Nya. Antaranya ialah: 1. Selalu menyebut-Nya (az-zikr) Apabila seseorang mencintai sesuatu maka ia akan sering menyebutnya. Oleh kerana Allah Subhanahuwata‘ala yang paling berhak dicintai, maka Dia-lah yang paling layak diingati dan disebut-sebut. Firman-Nya: إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُهُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡهِمۡ ءَايَٰتُهُۥ زَادَتۡهُمۡ إِيمَٰنٗا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ ٢ Sesungguhnya orang yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Rab-lah mereka bertawakkal. (Surah Al-Anfal:2) 2. Mengkagumi-Nya (al-i’jab) Seseorang itu biasanya mengkagumi …

Read More »

Cinta

Pengertian cinta Cinta adalah perasaan jiwa seperti kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan dan pengharapan kepada sesuatu. Cinta juga bermakna keinginan, tarikan dan keterikatan dengan sesuatu. Cinta merupakan perasaan semula jadi (fitrah) yang menjadi satu sifat daripada sifat-sifat manusia. Sifat cinta Sebagaimana sifat hati yang sering berubah-ubah, maka begitu jugalah sifat cinta yang menjadikan hati sebagai tahktanya. Cinta boleh berubah sejajar dengan perubahan hati. Tanda hadirnya perasaan cinta Antara tanda hadirnya perasaan cinta ialah: Apabila suka mendengar nama sesuatu yang dicintai itu disebut-sebut. Apabila suka melihat sesuatu yang dincintai. Apabila suka duduk berdekatan atau bersama-sama dengan sesuatu yang dicintai. Apabila suka dengan segala …

Read More »

Pembantu-Pembantu Bagi Keikhlasan

1. Ilmu yang mantap Ilmu yang diperlukan untuk menguatkan keikhlasan atau kemurnian hati ialah ilmu yang dapat menanamkan keyakinan tentang kepentingan ikhlas, fungsinya dalam kehidupan dan hasil yang dapat diperolehi di dunia dan akhirat. Ilmu ini membina keyakinan bahawa Allah Subhanahuwata‘ala tidak menerima amalan kecuali disertai dengan ikhlas. Allah Subhanahuwata‘ala Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati. Dia melihat apa yang nyata dan tersembunyi. Tidak ada sesuatu pun yang terlepas daripada pengetahuan dan pengawasan-Nya, sebagaimana dikatakan oleh Ibrahim Alaihissalam: رَبَّنَآ إِنَّكَ تَعۡلَمُ مَا نُخۡفِي وَمَا نُعۡلِنُۗ وَمَا يَخۡفَىٰ عَلَى ٱللَّهِ مِن شَيۡءٖ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَا فِي ٱلسَّمَآءِ ٣٨ Ya Rab …

Read More »

Tanda-Tanda Ikhlas

1. Takutkan kemasyhuran Orang yang ikhlas takutkan kemasyhuran. Ini kerana kemasyhuran boleh membawa fitnah kepada diri dan dinnya. Lebih-lebih lagi jika beliau seorang yang berkebolehan. Beliau yakin bahawa Allah Subhanahuwata‘ala menerima sesuatu amalan berdasarkan kebersihan jiwa, bukan semata-mata berdasarkan rupa bentuk zahirnya. Jika seseorang itu masyhur di merata pelusuk dunia sekalipun, sedangkan niatnya bercampur baur, maka kemasyhurannya itu tidak akan memberi apa-apa keuntungan hakiki kepada dirinya. Ibrahim bin Adham berkata: Orang yang cintakan kemasyhuran tidak berlaku benar (siddiq) terhadap Allah. Fudahil bin ‘Iyadh berkata: Jika kamu boleh membuatkan kamu tidak dikenali, maka lakukanlah. Apa salahnya jika kamu tidak dikenali? Apa …

Read More »

Proses Pembinaan Ikhlas Dan Pengaruhnya

Proses pembinaan ikhlas Terdapat beberapa langkah yang sangat penting untuk melahirkan keikhlasan kepada Allah Subhanahuwata‘ala, antaranya ialah: Menumpukan perhatian hanya kepada penilaian Allah Subhanahuwata‘ala, bukan penilaian atau pandangan makhluk. Al-Fudhail bin Iyadh berkata: Amal yang dikerjakan kerana manusia adalah syirik, meninggalkan amal kerana manusia adalah riya’, sedangkan ikhlas adalah jika engkau bebas daripada kedua-duanya. Menyamakan yang zahir dengan yang batin. Menyamakan yang tersembunyi dengan yang terang-terangan. Tidak boleh berlaku amalan yang pada zahirnya cantik tetapi batinnya buruk. Sari As-Saqti berkata: Barangsiapa berhias di mata manusia dengan sesuatu yang tidak selayaknya, maka dia menjadi hina di mata Allah Menganggap sama antara …

Read More »