Home / Dasar Umum Islam / Aqidah (page 3)

Aqidah

Fenomena Lemah Iman

Sesungguhnya fenomena lemah iman adalah suatu fenomena yang sudah merebak dan tersebar luas di kalangan kaum muslimin. Terdapat banyak orang yang mengadu akan kekerasan hatinya, yang diucapkan berkali-kali melalui ungkapan-ungkapan, contohnya: Aku merasakan adanya kekerasan di dalam hatiku, aku tidak pernah mendapat kenikmatan dalam beribadah, aku merasakan bahawa iman di dalam hati ini seakan-akan berada di dalam jurang, aku tidak terpengaruh (terkesan) oleh bacaan Al-Quran, mengapa mudah sekali aku terjerumus ke dalam kederhakaan?….. Sesungguhnya penyakit lemah iman mempunyai tanda-tandanya, antaranya: 1. Melakukan kederhakaan dan amalan berdosa Di kalangan orang yang derhaka ada yang melakukan satu amalan kederhakaan secara terus-menerus dan …

Read More »

Jalan-Jalan Mengenal Allah

Oleh kerana Allah Subhanahuwata‘ala bersifat ghaib dan tidak terjangkau oleh pancaindera kita, maka untuk mengenali Allah Subhanahuwata‘ala dengan lebih jauh tidak akan dapat dilakukan berasaskan pengamatan pencaindera semata-mata. Kerana keghaiban, kesempurnaan dan keagungan-Nya-lah kita hanya akan dapat mengenali-Nya melalui ayat-ayat-Nya. Ayat-ayat Allah Subhanahuwata‘ala dapat diklasifikasikan kepada dua bahagian, iaitu: Ayatul qauliyahIaitu ayat-ayat yang berbentuk kata-kata atau firman-firman Allah Subhanahuwata‘ala sepertimana yang terkandung dalam kitab-Nya yang diwahyukan kepada rasul-Nya. Firman-Nya: فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعۡدُ بِٱلدِّينِ Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan daripada ayat-ayat-Nya) itu? (Surah At-Tin: 7) Ayatul kauniyahIaitu ayat-ayat yang berbentuk tanda-tanda kekuasaan Allah Subhanahuwata‘ala yang …

Read More »

Mengenal Allah Subhanahuwata‘ala

Allah Subhanahuwata‘ala Pencipta dan Pemilik alam semesta Allah Subhanahuwata‘ala adalah Pencipta alam semesta (langit, bumi dan segala isinya). Firman Allah Subhanahuwata‘ala: وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَكُم مِّن تُرَابٖ ثُمَّ إِذَآ أَنتُم بَشَرٞ تَنتَشِرُونَ ٢٠ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٰجٗا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَكُم مَّوَدَّةٗ وَرَحۡمَةًۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَتَفَكَّرُونَ ٢١ وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦ خَلۡقُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفُ أَلۡسِنَتِكُمۡ وَأَلۡوَٰنِكُمۡۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّلۡعَٰلِمِينَ ٢٢ 20.  Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan kamu daripada tanah, kemudian tiba-tiba kamu (menjadi) manusia yang berkembang biak. 21.  Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada …

Read More »

Kepentingan Tauhid Dalam Kehidupan

Bahaya dan Kesan Jahil Ilmu Tauhid Ada orang yang meremehkan ilmu tauhid. Sebenarnya kesan kejahilan ilmu tauhid sangat buruk. Kita dapat ringkaskannya kepada 3 kesan yang utama: Dia dan Rabb Tidak kenal Penciptanya dan hidup seperti orang buta dalam kehidupan di dunia. Tidak tahu tujuan Penciptaannya. Tidak tahu hikmah kewujudannya di muka bumi. Kehidupannya berakhir tanpa diketahui kenapa ia bermula. Keluar daripada dunia (mati), sedangkan tidak tahu kenapa dia masuk (hidup) ke dalamnya. Firman Allah Subhanahuwata’ala: وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ يَتَمَتَّعُونَ وَيَأۡكُلُونَ كَمَا تَأۡكُلُ ٱلۡأَنۡعَٰمُ وَٱلنَّارُ مَثۡوٗى لَّهُمۡ ١٢ ..Dan orang yang kafir itu bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti makannya …

Read More »

Kepentingan Ilmu Tauhid

Antara isu utama yang akan disentuh ialah mengenai perbezaan asasi di antara seorang muslim dan orang kafir iaitu Dua Kalimah Syahadah. Baiklah, mari kita mulakan perbincangan! Iman Adalah Asas Amalan Mengapakah Allah Subhanahuwata’ala hanya menerima amalan orang Islam, dan menolak amalan orang kafir? Ini kerana orang kafir: Beramal bukan kerana mengharapkan pahala dan redha Allah Subhanahuwata’ala. Tidak takut kepada azab-Nya dengan mengabaikan yang halal dan haram. Tidak berusaha mencari agama Allah Subhanahuwata’ala (Islam). Tidak berusaha mendengar keterangan para Rasul AS. Mengejek dan mentertawakan ayat-ayat Allah Subhanahuwata’ala yang dibacakan kepada mereka. Dalil-dalil Amalan Orang Kafir Tidak Diterima Firman Allah Subhanahuwata’ala: وَقَدِمۡنَآ …

Read More »

Syirik dan kesan-kesannya

Marilah kita bertaqwa kepada Allah Subhanahuwata’ala dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Sehubungan dengan itu juga marilah kita bersama-sama berpegang dan melaksanakan sunnah Nabi Sallallahu’alaihiwasallam agar kita benar-benar menjadi pengikut baginda dan pengamal sunnah baginda. Sesungguhnya kehidupan kita di dunia ini banyak cabaran dan ujian. Antara cabaran yang kita hadapi ialah wujudnya syirik dalam masyarakat. Syirik merupakan persoalan yang menyentuh aqidah. Ia mestilah kita jauhi. Syirik bermaksud menyekutukan Allah Subhanahuwata’ala dalam ibadah dan perhambaan. Contoh menyekutukan Allah Subhanahuwata’ala ialah menjadikan tuhan-tuhan palsu yang lain setanding dengan Allah Subhanahuwata’ala dan meminta tolong atau menyampaikan hajat kepada perkara-perkara lain selain …

Read More »