Home / Dasar Umum Islam / Aqidah (page 2)

Aqidah

Terimalah Ajaran Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam Sepenuhnya

Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam adalah زعيمنا (pemimpin kita) di dunia dan akhirat. Baginda adalah pemimpin umat pilihan Allah Subhanahuwata‘ala. Baginda diberikan bimbingan oleh Allah Subhanahuwata‘ala untuk menghukum dan membuat keputusan di kalangan manusia.  Firman Allah-Nya: إِنَّآ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِتَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ أَرَىٰكَ ٱللَّهُۚ وَلَا تَكُن لِّلۡخَآئِنِينَ خَصِيمٗا Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah), kerana (membela) orang yang khianat (Surah An-Nisa’ : 105) Jelaslah bahawa Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam, di samping baginda seorang rasul pilihan Allah Subhanahuwata‘ala, …

Read More »

Kewajipan Mencintai Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam

Pendahuluan Menjadi kewajipan bagi setiap muslim untuk mencintai Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam melebihi cintanya kepada semua makhluk lain. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam adalah manusia pilihan Allah Subhanahuwata‘ala yang diutuskan kepada umat manusia untuk membimbing mereka kepada hidayah, berbuat makruf,  mencegah kemungkaran dan beriman kepada-Nya. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya Islam. Firman Allah Subhanahuwata‘ala: الٓرۚ كِتَٰبٌ أَنزَلۡنَٰهُ إِلَيۡكَ لِتُخۡرِجَ ٱلنَّاسَ مِنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذۡنِ رَبِّهِمۡ إِلَىٰ صِرَٰطِ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡحَمِيدِ Alif, laam raa. (Ini adalah) kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia daripada gelap gelita kepada cahaya terang benderang dengan izin Rab mereka, (iaitu) menuju jalan Rab Yang Maha …

Read More »

Kewajipan Tambahan Terhadap Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam

Mencintai Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam lebih daripada mencintai orang lain Sabda Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam:  لا يُؤمِنُ أحدُكم حتى أكونَ أحبَّ إليهِ من والدِه وولدِه والناسِ أجمعينَ Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga ia menjadikan aku lebih dicintai di sisinya daripada orang tuanya, anaknya dan manusia keseluruhannya (Riwayat al-Bukhari)[1] Tanda cinta atau kasihkan Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam ialah mengikuti baginda dengan penuh ikhlas. Firman Allah Subhanahuwata‘ala: يَحۡلِفُونَ بِٱللَّهِ لَكُمۡ لِيُرۡضُوكُمۡ وَٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ أَحَقُّ أَن يُرۡضُوهُ إِن كَانُواْ مُؤۡمِنِينَ Mereka bersumpah kepada kamu dengan nama Allah untuk mencari keredhaanmu, padahal Allah dan Rasul-Nya itulah yang lebih patut mereka cari keredhaannya jika mereka itu orang yang beriman …

Read More »

Kewajipan Asasi Terhadap Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam

Beriman kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bermakna yakin bahawa Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam adalah nabi dan pesuruh Allah Subhanahuwata’ala, serta menerima dan mematuhi segala ajaran baginda. Beriman  dengan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menuntut kita  supaya menyerahkan hidup kepada arahan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dalam erti kata mentaati apa  yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang baginda. Untuk memampukan kita melaksanakan tuntutan itu, memerlukan  tarbiah. Untuk  sentiasa meredhai  dan mentaati segala perintah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam  dengan  senang  hati, memerlukan  tarbiah yang berterusan. Ketaatan kita  kepada  Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam  sebenarnya  adalah untuk kebaikan kita jua. Kita akan mendapat rahmat dan diampuni segala dosa-dosa kita. Firman  Allah Subhanahuwata’ala: وَأَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ …

Read More »

Tugas Rasul

Allah Subhanahuwata‘ala mengutuskan para  rasul  dengan  tugas-tugas   yang  ditentukan-Nya. Secara umumnya, tugas  Rasul ialah memikul  risalah  da’wah dan  menegakkan  din Allah Subhanahuwata‘ala. Firman-firman-Nya: يَٰٓأَيُّهَا ٱلرَّسُولُ بَلِّغۡ مَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَۖ وَإِن لَّمۡ تَفۡعَلۡ فَمَا بَلَّغۡتَ رِسَالَتَهُۥۚ وَٱللَّهُ يَعۡصِمُكَ مِنَ ٱلنَّاسِۗ Wahai rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu daripada Rabmu, dan jika kamu tidak kerjakan (apa yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya, Allah memelihara kamu daripada (gangguan) manusia. (Surah Al-Maidah: 67) شَرَعَ لَكُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِۦ نُوحٗا وَٱلَّذِيٓ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ وَمَا وَصَّيۡنَا بِهِۦٓ إِبۡرَٰهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰٓۖ أَنۡ أَقِيمُواْ ٱلدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُواْ فِيهِۚ Dia telah mensyari’atkan bagi …

Read More »

Keperluan Manusia Terhadap Rasul

Allah Subhanahuwata’ala telah menciptakan manusia mengikut fitrah-Nya. Hal ini termaktub  dalam kitab suci-Nya: فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِي فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيۡهَاۚ (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia  menurut fitrah itu (Surah Ar-Rum: 30) Sabda Rasul-Nya Sallallahu’alaihiwasallam: كل مولود يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه Sesungguhnya setiap anak dilahirkan dengan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya yahudi, nasrani atau majusi (Riwayat al-Bukhari)[1] Maksudnya, Allah Subhanahuwata’ala menciptakan manusia dalam keadaan fitrah dengan sifat–sifat dan ciri-ciri asalnya. Secara fitrah dan asalnya, manusia mengakui  keberadaan  Al-Khaliq (Allah Subhanahuwata’ala). Hal ini telah dinyatakan Allah Subhanahuwata’ala dalam wahyu-Nya. Al-Quran telah menerangkan bahawa Allah …

Read More »

Kewajipan-Kewajipan Hamba Allah Subhanahuwata’ala Dan Pengikut Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam

Kita perlulah memahami bahawa kewajipan hamba kepada Allah Subhanahuwata‘ala adalah ber’ubudiyyah (عبودية) atau beribadah, takut (خشية), bertaqwa, berdoa dan bertawakkal kepada-Nya semata-mata. Maka, selaku hamba Allah Subhanahuwata‘ala, hadapkanlah sepenuhnya kepada Allah Subhanahuwata‘ala semata-mata, tidak kepada makhluk. Kewajipan hamba Allah Subhanahuwata‘ala adalah: 1. Ber’ubudiyyah (عبودية) atau beribadah kepada Allah Subhanahuwata‘ala semata-mata Firman-Nya: وَمَا خَلَقۡتُ ٱلۡجِنَّ وَٱلۡإِنسَ إِلَّا لِيَعۡبُدُونِ Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku. (Surah ad-Dzariyat: 56) 2. Takut hanya sanya kepada Allah Subhanahuwata‘ala. Firman-Nya: فَٱللَّهُ أَحَقُّ أَن تَخۡشَوۡهُ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ Padahal Allah-lah yang berhak untuk kamu takuti, jika kamu benar-benar orang yang beriman. (Surah at-Taubah: 13) …

Read More »

Iman

Pengertian dan ciri-ciri iman Iman adalah membenarkan dengan hati, mengaku dengan aqal fikiran dan membuktikan dengan amalan-amalan. Hati yang beriman ialah hati yang benar-benar yakin dan percaya kepada Allah Subhanahuwata’ala dan rasul-Nya. Tasdiq atau keyakinan yang tidak bercampur syak dan tidak ragu-ragu. Juga tidak ada rasa tidak puas hati, rasa tidak layak, rasa lapuk dan rasa was-was terhadap segala ajaran Allah Subhanahuwata’ala. Inilah keimanan yang penuh yakin dan tidak bergoncang lagi. Iman yang benar meresap ke dalam hati dan bertakhta di jiwa, menggerakkan anggota zahir untuk melakukan ketaatan kepada Allah Subhanahuwata’ala, menjadikan perkara-perkara ghaib seperti syurga dan neraka seolah-seolah hadir …

Read More »

Konsep Syahadah لا إله إلا الله

Muqaddimah Kalimah لا إله إلا الله adalah kalimah yang menggambarkan mukjizat daripada Allah Subhanahuwata’ala . Ia terdiri daripada 3 huruf iaitu ه ل أ. Manakala kalimah الله juga terdiri daripada tiga huruf ه ل أ. Kalimah لا إله إلا الله membawa pengertian wala’ (ta’at dan setia) kepada Allah Subhanahuwata’ala dan bara’ (menolak, mengingkar dan melepaskan diri) daripada selain Allah Subhanahuwata’ala. Inilah sikap seorang mu’min apabila bersyahadah dengan kalimah لا إله إلا الله. Penyimpangan daripada wala’ dan bara’ yang betul akan membawa kepada dosa yang besar, bahkan boleh membawa kepada syirik. Kalimah Muhammad Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam adalah bahagian yang kedua daripada syahadatain. Ini bermakna dalam rangka mengamalkan …

Read More »

Perkara-Perkara Yang Menghalang Daripada Mengenal Allah Subhanahuwata’ala

Pelbagai godaan seperti kesenangan, kelazatan, kedudukan, pakaian, wanita, harta, anak dan sebagainya, boleh menghalang seorang hamba daripada mengenali Allah Subhanahuwata’ala. Penghalang-penghalang tersebut bersumberkan penyakit syahwat (penyakit yang berkaitan dengan hati yang berupa nafsu dan kesenangan) dan penyakit syubhah (pelbagai hal yang menimbulkan keraguan dan lebih berkaitan dengan permasalahan akal). Penghalang-penghalang yang berasal daripada penyakit syahwat Firman Allah Subhanahuwata’ala: زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٰتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلۡبَنِينَ وَٱلۡقَنَٰطِيرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَيۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَٰمِ وَٱلۡحَرۡثِۗ ذَٰلِكَ مَتَٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ وَٱللَّهُ عِندَهُۥ حُسۡنُ ٱلۡمَ‍َٔابِ Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis …

Read More »