Aqidah

Ar-Rasul Qudwatuna (Rasul Ikutan Kita)

WhatsApp Image 2018-10-29 at 11.07.34 AM

Muqaddimah Tugas para rasul ialah menyeru, menyedar dan membentuk manusia agar beriman kepada Allah Subhanahuwata’ala.  Atau, dengan kata lain, mengajak dan membentuk keperibadian manusia agar tunduk  mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah Subhanahuwata’ala semata-mata. Tugas atau peranan ini dilaksanakan oleh para rasul terhadap umat masing-masing. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pula melaksanakannya terhadap seluruh manusia. Firman Allah Subhanahuwata’ala: وَلَقَدۡ بَعَثۡنَا فِي كُلِّ أُمَّةٖ رَّسُولًا أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَٱجۡتَنِبُواْ ٱلطَّٰغُوتَۖ فَمِنۡهُم مَّنۡ هَدَى ٱللَّهُ وَمِنۡهُم مَّنۡ حَقَّتۡ عَلَيۡهِ ٱلضَّلَٰلَةُۚ فَسِيرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلۡمُكَذِّبِينَ ٣٦ Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan  rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyeru): Sembahlah Allah (sahaja) , dan jauhilah …

Read More »

Konsep Lailahaillallah ( لا اله الا الله ) Sebagai Satu Cara Hidup Yang Menolak Jahiliah

WhatsApp Image 2018-10-13 at 12.20.52 PM

Muqaddimah Islam adalah nizam (sistem hidup) yang kamil (lengkap) dan syamil (menyeluruh).  Islam  terbina  di atas  asas  yang  kukuh.  Islam terdiri daripada rukun-rukun yang besar hinggalah kepada  cabang-cabang  dan  ranting-rantingnya  yang kecil.  Rukun,  cabang  dan ranting tertegak di atas asasnya dan saling perlu memerlu  antara satu sama lain. Islam umpama pokok, bermula daripada biji  benih, kemudian mengeluarkan akar dan pucuk. Seterusnya ia membesar  dan membentuk batang, dahan, cabang, ranting dan dedaun hingga menjadi  sebatang pokok yang rendang, tegak dan kukuh.  Namun,  setiap helai daun berhubung terus dengan akarnya. Islam bererti penyerahan diri Islam  juga  bererti penyerahan diri  sepenuhnya,  tanpa  sebarang …

Read More »

Hakikat Beriman Kepada Allah Subhanahuwata’ala

WhatsApp Image 2018-10-02 at 1.29.38 PM

Hakikat  iman kepada Allah Subhanahuwata’ala adalah satu hakikat besar  yang mencakupi  seluruh  kehidupan manusia. Apabila  iman  bersemi  dalam  hati  seseorang,  maka iman  itu  akan  terus  menjelmakan kesannya  dalam  bentuk amal perbuatan, kegiatan  dan  perjuangan yang mengharapkan Allah Subhanahuwata’ala atau redha-Nya. Dia  ta’at kerana  Allah Subhanahuwata’ala. Dia tunduk dan patuh kepada titah  perintah Allah Subhanahuwata’ala  sama ada dalam hal yang kecil mahupun besar. Tidak  bersekongkol bersama-sama hakikat Iman itu dengan hawa nafsu  dan syahwat yang sering mengajak manusia menyeleweng daripada  ajaran Allah Subhanahuwata’ala.  Bahkan iman itu akan mengajak nafsu  dan  syahwat untuk  tunduk  mengikut ajaran Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam  yang  didatangkan daripada Allah …

Read More »

Tasawur Keimanan Yang Syumul Kepada Allah Subhanahuwata’la

WhatsApp Image 2018-09-27 at 11.37.40 AM

Pendahuluan Apabila kita memperkatakan atau menganalisis tajuk ini bererti secara lansung kita menyentuh tentang ‘Aqidah Islamiah. Ia adalah suatu perkara yang berat dan serius kerana jika silap memberi pengertian dan kefahaman atau penganalisisan bermakna menerjunkan diri ke medan syirik. Penyelewengan ‘aqidah sekali gus adalah penyelewengan dalam kehidupan. Syirik tidak diampun Syirik adalah kesalahan yang besar di sisi Allah Subhanahuwata’ala. Firman Allah Subhanahuwata’ala: إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغۡفِرُ أَن يُشۡرَكَ بِهِۦ وَيَغۡفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَآءُۚ وَمَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱفۡتَرَىٰٓ إِثۡمًا عَظِيمًا ٤٨  Sesungguhnya Allah tidak akan mengampun dosa-dosa syirik dan dia mengampun segala dosa selainnya bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. …

Read More »

Kediaman Dan Kedamaian

Firman Allah Subhanahuwata’ala: وَٱللَّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنۢ بُيُوتِكُمۡ سَكَنٗا Dan Allah menjadikan rumah-rumahmu untuk tempat tinggal mu. (An-Nahl : 80) Jom Kita Tadabbur Ayat Ini! Rumah adalah tempat kita berehat, tempat yang tenang dan tempat kita tinggal. Tempat yang ditujui ketika letih, tempat berlindung daripada hujan, panas terik, sejuk, binatang buas, angin kencang dan hujan lebat. Dengan rahmat Allah Subhanahuwata’ala dan takdir-Nya, kita dapati rumah adalah tempat tinggal kita dan keluarga berehat dan berlindung daripada segala bahaya. Jika Allah Subhanahuwata’ala mahu, Dia boleh jadikan rumah kita tempat yang tidak sesuai didiami, malah Dia mampu memusnahkannya dengan gempa bumi, ribut, petir, …

Read More »

Kita Hidup Dalam Lautan Udara

Udara dan Kehidupan Aktiviti: Cuba tutup hidung dan mulut anda selama 1 atau 2 minit, apa yang terjadi? Kenapa begitu? Ini kerana udara mengandungi gas oksigen yang  diperlukan oleh manusia untuk bernafas. Tanpanya untuk hanya beberapa minit sahaja kita akan mati. Rakan-rakan sekalian, bukankah ini merupakan nikmat Allah Subhanahuwata’ala yang wajib disyukuri? Apakah Faedah Udara? Udara mempunyai lapisan atmosfera yang meliputi bumi. Fungsi atmosfera ialah sebagai pelindung yang memelihara keselamatan bumi daripada berjuta meteor dan tahi bintang yang gugur setiap hari. Ketebalan atmosfera bumi ini telah ditentukan oleh Allah Subhanahuwata’ala agar mampu membakar meteor sebelum jatuh sebagai bencana ke bumi. Lapisan ozon …

Read More »

Air Yang Terapung

Apakah Definisi Awan? Awan ialah wap-wap air yang terapung di udara. Dalam kuantiti yang banyak, ia akan membentuk air hujan. Air hujan turun ke bumi menjadi air telaga, mata air dan air dalam tanah yang dapat digunakan untuk pelbagai kegunaan. Firman Allah Subhanahuwata’ala: أَلَمۡ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ فَسَلَكَهُۥ يَنَٰبِيعَ فِي ٱلۡأَرۡضِ ثُمَّ يُخۡرِجُ بِهِۦ زَرۡعٗا مُّخۡتَلِفًا أَلۡوَٰنُهُ Apakah kamu tidak memperhatikan, bahawa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi, kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya. (Az-Zumar : 21) Bagaimanakah Ketetapan Allah (Sunnatullah) Dalam Proses Kejadian Awan? Allah …

Read More »

Manusia Perlu Lihat Kepada Makanannya

Hendaklah Manusia Melihat Pada Makanannya Dalam sebuah ayat, Allah Subhanahuwata’ala berfirman: فَلۡيَنظُرِ ٱلۡإِنسَٰنُ إِلَىٰ طَعَامِهِۦٓ ٢٤ Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya. (‘Abasa 80: 24) Begitulah bunyi suruhan tersebut. Persoalannya ialah mengapakah Allah Subhanahuwata’ala menyuruh kita untuk memperhatikan pada makanan? Apakah hikmahnya? Jawapannya ialah Allah Subhanahuwata’ala menyuruh kita lihat dan berfikir tentang semua makhluk-Nya (termasuk makanan) agar dapat dijelaskan sifat-sifat-Nya. Baiklah, cuba kita kaitkan bersama sifat-sifat Allah Subhanahuwata’ala dengan perihal makanan: Allah Yang Maha Memberi Rezeki (Ar-Razzaq) Manusia di dalam rahim ibu: Tiada siapa yang menyuap makanan (rezeki) kepada bayi (bukan ibubapa, kerajaan dan lain-lain). Allah Subhanahuwata’ala mengadakan tali pusat …

Read More »

Ilmu Tauhid

Apakah Itu Ilmu Tauhid? Ilmu Tauhid ialah ilmu yang membahaskan perkara yang membuktikan kebenaran Akidah Islam. Sumbernya ialah dalil ‘aqli (logik akal) dan dalil naqli (al-Quran dan Hadis) Dengan memahami Ilmu Tauhid, kita mampu membuktikan segala kebatilan orang kafir, keraguan dan pendustaan mereka. Hasil memahaminya juga, insyaAllah, jiwa kita akan menjadi tetap, hati pula lapang dan tenang dalam keimanan. Firman Allah Subhanahuwata’ala: أَفَمَن يَعۡلَمُ أَنَّمَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ ٱلۡحَقُّ كَمَنۡ هُوَ أَعۡمَىٰٓۚ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu daripada Rabbmu itu benar, sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang yang berakal sahaja …

Read More »

Hasil Mengikuti Rasululullah Sallallahu‘alaihiwasallam

Dengan beriman kepada Allah Subhanahuwata‘ala dan Rasul-Nya, mengikuti sunnah baginda dan berjihad fisabilillah, orang beriman akan mendapat dua kebaikan, iaitu kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Kebaikan di dunia Memperolehi kecintaan Allah Subhanahuwata‘ala (mahabbatullah) Allah Subhanahuwata‘ala mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya. Firman-Nya: يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَسَوۡفَ يَأۡتِي ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ يُحِبُّهُمۡ وَيُحِبُّونَهُۥٓ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَٰفِرِينَ يُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَآئِمٖۚ Wahai orang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad daripada dinnya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap …

Read More »