Home / Jalan Dakwah & Tarbiah / Fiqh Tarbiah

Fiqh Tarbiah

Sifat-Sifat Rabbani Dalam Manhaj Tarbiah

WhatsApp Image 2018-08-02 at 12.16.24 PM

Matlamat utama  tarbiah Islamiah ialah untuk melahirkan individu yang memenuhi syarat-syarat sebagai mu’min. Dalam masa yang sama memenuhi syarat-syarat keanggotaan haraki. Teras utama tarbiah Islamiah  ini ialah iman kepada Allah Subhanahuwata’ala. Iman inilah yang akan mampu untuk melahirkan sifat-sifat Rabbani pada individu muslim. Iman bukanlah sekadar laungan atau semboyan, tetapi ia adalah satu hakikat yang meresap ke dalam perasaan dan menggerakkan kemahuan. Iman adalah keyakinan yang bersemadi dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.  Firman Allah Subhanahuwata’ala: إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ لَمۡ يَرۡتَابُواْ وَجَٰهَدُواْ بِأَمۡوَٰلِهِمۡ وَأَنفُسِهِمۡ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلصَّٰدِقُونَ ١٥ Sesungguhnya orang yang beriman hanyalah orang …

Read More »

Kepentingan Halaqah

Muqaddimah Membentuk ummah adalah umpama membangunkan sebuah bangunan tinggi mencakar langit (bahkan lebih tinggi lagi), yang terlebih dahulu memerlukan tapak atau asas yang kukuh. Asas bangunan itu dibina daripada besi, simen, pasir dan batu bata yang tersusun rapi, yang saling kuat menguatkan antara satu sama lain. Batu-bata dan bahan binaan itu adalah yang terpilih, yang telah melalui proses pembentukan dan tahan menanggung bebanan sebelum boleh digunakan. Begitulah juga dalam proses pembinaan ummah. Batu-bata yang dipilih itu adalah umpama individu-individu yang mempunyai hati ikhlas dan peribadi yang baik. Mereka dikumpulkan dalam satu suasana soleh, iaitu halaqah (satu kumpulan kecil terdiri daripada …

Read More »

Tasawwur Tarbiah (Konsep Pendidikan)

MUQADDIMAH Tarbiah (pendidikan) adalah wasilah terpenting dan berkesan untuk pembangunan sesuatu ummah. Maju atau mundurnya sesuatu ummah bergantung rapat kepada maju dan mundurnya pendidikan ummah tersebut. Oleh itu tarbiah (pendidikan) menjadi perkara utama di dalam perancangan dan pembangunan sesuatu ummah. Umat manusia tidak dikira sebagai maju atau bertamaddun dalam ertikata sebenar tanpa memiliki sifat atau akhlak mulia. Akhlak mulia dan terpuji tidak lahir secara kebetulan. Pembentukannya perlu melalui proses pentarbiahan dan pendidikan yang betul. Pendidikan secara terancang dikira nadi kepada pembangunan dan pencorak ummah untuk mencapai matlamat yang dicita-citakan. TA’RIF TARBIAH Kata tarbiah berasal daripada bahasa Arab yang membawa erti …

Read More »