Home / Jalan Dakwah & Tarbiah / Fiqh Harakah (page 2)

Fiqh Harakah

Asas-Asas Penting Yang Perlu Wujud Dalam Organisasi Dakwah (Asas 3)

ASAS 3: USAHA-USAHA MESTILAH MENGIKUT SISTEM (MANHAJ) TERTENTU Segala usaha yang dijalankan untuk perubahan menyeluruh mestilah mengikut manhaj  tertentu. Antara perkara yang terkandung dalam manhaj ialah: Wasilah atau jalannya mestilah syarak, dan menolak sama sekali kaedah di mana matlamat dapat membersihkan jalan.[1] Matlamat dakwah ialah untuk melaksanakan Islam, maka jalan ke arah pencapaian matlamat juga mestilah Islam (Rabbaniyah al-Ghayah wal Wijhah wa Rabbaniyah al-Manhaj). Maka, barulah akan melahirkan natijah Islam seperti yang Allah Subhanahuwata’ala kehendaki. Di atas asas ini, adalah harus menggunakan seluruh wasilah yang diterima oleh syarak untuk melaksanakan dakwah, sama ada melalui media cetak seperti penyebaran buku-buku dan …

Read More »

Asas-Asas Penting Yang Perlu Wujud Dalam Organisasi Dakwah (Asas 2)

ASAS 2: GERAKAN ORGANISASI DAKWAH MESTILAH TERSUSUN (MUNAZZAMAH) Seluruh urusan dan kegiatan Gerakan Organisasi Dakwah mestilah tersusun dan teratur serta direncana serapi mungkin untuk mencapai objektif yang diharapkan serta kejayaan kerja-kerja gerakan organisasi itu sendiri. Kerana itu Fathi Yakan menyatakan: Tanpa penyusunan dalam Islam ini, implikasinya umat Islam berlarutan di dalam keadaan lemah. Sedangkan kekuatan adalah merupakan natijah dan hasil yang lahir daripada penyusunan dan perencanaan kerja. Kewujudan penyusunan dan perencanaan (yang berstrategi) adalah penting dan wajib, yang sama sekali tidak boleh diabaikan[1] dalam kerja-kerja dakwah, demi melaksanakan yang wajib (iaitu Islam). Kiranya pelaksanaan Islam itu tidak mungkin tercapai kecuali …

Read More »

Asas-Asas Penting Yang Perlu Wujud Dalam Organisasi Dakwah (Asas 1)

ASAS 1: KEGIATAN MESTILAH LAHIR DARIPADA ORGANISASI Segala gerakan dan aktiviti luar dakwah yang dilaksanakan di dalam menyeru kepada matlamat Rabbani hendaklah lahir daripada organisasi dakwah itu sendiri. Ini tidaklah bermakna bahawa segala gerakan dan kegiatan itu semestinya dilaksanakan oleh semua anggota, malah ia boleh dijalankan oleh seseorang da’i atau beberapa orang dengan syarat ianya memenuhi dan menepati tujuan serta lahir daripada fikrah (pemikiran) organisasi, yang bererti bahawa setiap aktiviti dan gerakan anggota adalah mewakili organisasi. Da’i harus menyedari setiap masa bahawa beliau berada di dalam barisan (organisasi)[1] di mana sahaja beliau berada dan terikat dengan matlamat dan jalan, polisi …

Read More »

Mehnah (Tribulasi) Di Dalam Perjalanan Dakwah

Sesungguhnya mehnah (tribulasi) di dalam perjalanan dakwah daripada sekecil-kecilnya (seperti cacian, cemuhan, kejian, halangan dan tentangan) hinggalah kepada sebesar-sebesarnya (seperti kezaliman yang berbagai-bagai bentuk) adalah sunnatullah terhadap setiap para da’i kepada Allah, daripada Nabi Allah Nuh a.s. hinggalah kepada  Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, dan seterusnya pengikut-pengikut rasul  yang meneruskan tanggungjawab dan amanah suci ini. Ianya bukanlah merupakan natijah yang salah daripada kegiatan dakwah itu sendiri, malah tanpa sebarang mehnah terhadap da’i adalah disyaki pula tentang kesahihan jalan dakwah yang digunakannya.[1] Adalah tidak mungkin mehnah boleh dielak atau diringankan atau ditentukan masanya selagi mana para da’i sentiasa berusaha menjalankan dakwah. Kerana tabiat mehnah …

Read More »

Keperluan Berdakwah Secara Organisasi

Skop dakwah begitu luas. Perubahan yang dikehendaki adalah perubahan yang menyeluruh selaras dengan Islam sebagai ad-Din, yang terpancar daripada al-Quran dan Sunnah, dan diambil daripada sirah perjalanan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan para sahabat r.a. dan juga menyentuh soal individu serta masyarakat. Islam yang menyeluruh pernah digambarkan oleh Hassan al-Banna: “Islam adalah merupakan satu peraturan yang lengkap merangkumi seluruh aspek kehidupan. Islam itu negara dan tanah air atau kerajaan dan rakyat, jihad dan dakwah, tentera dan fikrah (ideologi), keintelektualan dan undang-undang, ilmu pengetahuan dan kehakiman, akhlak dan kekuatan, (rahmat) belas kasihan dan keadilan, harta benda penghasilan dan kekayaan. Malah Islam adalah akidah …

Read More »

Definisi Gerakan Organisasi Dakwah

Organisasi dakwah adalah merupakan himpunan tenaga para da’i yang bergerak dan bekerja untuk melaksanakan keperluan Islam di tahap-tahap tertentu. Manakala Gerakan Organisasi dakwah pula ialah segala aktiviti yang teratur yang lahir daripada organisasi tersebut. Ianya dapatlah disamaertikan dengan ‘amal jama’i iaitu: Kegiatan-kegiatan yang lahir bersumber daripada satu jama’ah yang teratur (berorganisasi), menepati skima tertentu dan menjurus ke arah meatlamat tertentu.[1] Organisasi Dakwah ini berbeza dengan organisasi-organisasi lain yang bersifat pentadbiran kerana kewujudan dan kelahirannya, serta gerakan dan kegiatannya, adalah untuk menyelesaikan permasalahan Islam (qadhiyah Islamiyah), baik di segi siasah mahupun dari segi fikrah untuk mengembalikan masyarakat manusia sama ada individu …

Read More »

Ruang Lingkup Dakwah

Sebenarnya dakwah para da’i adalah untuk menyeru dan membimbing manusia kepada hidup mulia, sesuai dengan status dan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Tunduk dan patuh kepada kekuasaan Allah Subhanahuwata’ala buat memurnikan dan mengikhlaskan perhambaan hanya sanya kepada-Nya dengan menerima Islam sebagai ad-Din, yang merupakan satu-satunya sistem hidup yang benar dan sahih yang diredhai Allah, lengkap dan sempurna. Kesempurnaanya pula mencakupi segenap aspek kehidupan, sesuai untuk dipraktik dan dilaksanakan di mana-mana tempat dan masa, di dalam mana-mana situasi dan kondisi sekalipun, baik untuk kehidupan individu mahupun masyarakat. Kedatangan Islam adalah merupakan rahmat untuk kehidupan sejagat. Firman Allah Subhanahuwata’ala dalam Surah al-Anbiya’, …

Read More »

Tuntutan Berdakwah Secara Gerakan Organisasi

Tuntutan berdakwah secara gerakan organisasi adalah merupakan tuntutan syar’i yang wajib diberi perhatian dan diambil kira oleh setiap da’i yang menyeru manusia kepada Islam sebagai ad-Din (tatacara hidup). Gesaan dan tuntutan ini jelas dari nas-nas al-Quran dan Sunnah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, antaranya: Ayat Al-Qur’an: ولتكن منكم امة يدعون الى الخير ويامرون بالمعروف وينهون عن المنكر واولئك هم المفلحون “Dan hendaklah ada di antara kamu satu ummah (jama’ah) yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah daripada mungkar dan mereka itulah orang yang beruntung.” –Surah Ali Imran, ayat 104. ان الله يحب الذين يقاتلون في سبيله صفا كانهم بنيان مرصوص “Sesungguhnya …

Read More »