Home / Audio / Video / Video (page 3)

Video

Syarah Usul ‘Isyrin (Hasan Al-Banna) : Usul ke 6 dan 7

Syarah Usul Ke-6 & Usul Ke-7 Usul Ke-6: Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima. Setiap orang boleh diterima dan ditolak kata-katanya melainkan Rasulullah SAW yang maksum. Setiap yang datang dari salafus soleh yang bertepatan dengan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya kita terima dengan sebulat hati. Akan …

Read More »

Syarah Usul ‘Isyrin (Hasan Al-Banna) : Usul ke 8

Syarah Usul Ke-8 Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati. Perselisihan fiqh dalam perkara cabang tidak sepatutnya menjadi sebab kepada perpecahan dalam agama dan tidak seharusnya membawa kepada perbalahan atau permusuhan. Setiap orang yang berijtihad ada pahalanya. Walau bagaimanapun tidak ada penghalang bagi melakukan tahqiq ilmu / penjelasan ilmiah …

Read More »

Syarah Usul ‘Isyrin (Hasan Al-Banna) : Usul ke 9

Syarah Usul Ke-9 Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali. Setiap masalah yang tidak berdiri amal di atasnya maka melibatkan diri di dalamnya adalah membebankan diri dengan perkara yang ditegah syara’. Di antaranya ialah banyak furu’ di dalam hukum hakam yang tidak berlaku, melibatkan diri di dalam makna-makna …

Read More »

Syarah Usul ‘Isyrin (Hasan Al-Banna) : Usul ke 10

Syarah Usul Ke-10 Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya. Mengenal Allah SWT, mentauhid dan menyucikanNya adalah setinggi-tinggi aqidah Islam. Ayat-ayat sifat dan hadith-hadithnya yang sahih serta penyerupaaan yang layak denganNya, kita beriman dengannya sebagaimana ia datang tanpa takwil dan ta’thil. Kita jangan cuba mendedahkan khilaf di antara …

Read More »

Syarah Usul ‘Isyrin (Hasan Al-Banna) : Usul ke 11 dan 12

Syarah Usul Ke-11 & Usul Ke-12 Usul Ke-11: Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras. Setiap bid’ah dalam agama Allah adalah tidak mempunyai asas sama sekali yang dipandang baik oleh manusia hanyalah menurut hawa nafsu mereka, sama ada dengan cara menambah atau mengurangkannya adalah kesesatan yang …

Read More »

Syarah Usul ‘Isyrin (Hasan Al-Banna) : Usul ke 13

Syarah Usul Ke-13 Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi manfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain. Mencintai orang-orang yang saleh, menghormati dan memberi pujian terhadap amalan-amalan baik yang mereka lakukan adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Wali-wali Allah ialah …

Read More »

Syarah Usul ‘Isyrin (Hasan Al-Banna) : Usul ke 14

Syarah Usul Ke-14 Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah. Menziarahi kubur dalam apa keadaan sekali pun adalah perkara sunat yang disyariatkan dengan cara-cara yang ma’thur. Tetapi meminta pertolongan dari ahli-ahli kubur siapa sekali pun mereka, menyeru mereka kerana perkara tersebut, menuntut mereka menunaikan segala hajat sama …

Read More »

Syarah Usul ‘Isyrin (Hasan Al-Banna) : Usul ke 15

Syarah Usul Ke-15 Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah. Berdoa apabila dibuat dengan cara bertawasul kepada Allah dengan salah satu makhluk-makhlukNya, merupakan perselisihan kepada masalah furu’ (cabang) di dalam kaifiat (cara-cara) berdoa, dan bukannya permasalahan aqidah.  

Read More »

Syarah Usul ‘Isyrin (Hasan Al-Banna) : Usul ke 16

Syarah Usul Ke-16 Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai. Uruf yang salah tidak mengubah hakikat lafaz-lafaz syariat. Malah wajib dipastikan batas-batas pengertian yang dimaksudkan dari lafaz-lafaz itu, dan tidak melewati pengertian-pengertian yang dimaksudkan itu. Begitu juga mestilah diawasi sebarang lafaz-lafaz …

Read More »

Syarah Usul ‘Isyrin (Hasan Al-Banna) : Usul ke 17

Syarah Usul Ke-17 Amal hati lebih utama dari amal anggota. Kedua-duanya penting. Aqidah merupakan asas setiap amalan. Amalan hati lebih penting dari amalan anggota badan. Mencari kesempurnaan pada kedua-duanya adalah dituntut oleh syara’ walaupun darjat tuntutan pada kedua-duanya berbeza.

Read More »