Home / Dasar Umum Islam / Aqidah / Jalan-Jalan Mengenal Allah

Jalan-Jalan Mengenal Allah

Oleh kerana Allah Subhanahuwata‘ala bersifat ghaib dan tidak terjangkau oleh pancaindera kita, maka untuk mengenali Allah Subhanahuwata‘ala dengan lebih jauh tidak akan dapat dilakukan berasaskan pengamatan pencaindera semata-mata. Kerana keghaiban, kesempurnaan dan keagungan-Nya-lah kita hanya akan dapat mengenali-Nya melalui ayat-ayat-Nya.

Ayat-ayat Allah Subhanahuwata‘ala dapat diklasifikasikan kepada dua bahagian, iaitu:

  1. Ayatul qauliyahIaitu ayat-ayat yang berbentuk kata-kata atau firman-firman Allah Subhanahuwata‘ala sepertimana yang terkandung dalam kitab-Nya yang diwahyukan kepada rasul-Nya. Firman-Nya:

    فَمَا يُكَذِّبُكَ بَعۡدُ بِٱلدِّينِ

    Maka apakah yang menyebabkan kamu mendustakan (hari) pembalasan sesudah (adanya keterangan-keterangan daripada ayat-ayat-Nya) itu?

    (Surah At-Tin: 7)

  2. Ayatul kauniyahIaitu ayat-ayat yang berbentuk tanda-tanda kekuasaan Allah Subhanahuwata‘ala yang tersebar di alam semesta ini. Firman-Nya:

    سَنُرِيهِمۡ ءَايَٰتِنَا فِي ٱلۡأٓفَاقِ وَفِيٓ أَنفُسِهِمۡ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمۡ أَنَّهُ ٱلۡحَقُّۗ أَوَ لَمۡ يَكۡفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُۥ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ شَهِيدٌ

    Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al-Quran itu adalah benar. Tidakkah cukup bahawa sesungguhnya Rabmu menjadi saksi atas segala sesuatu?

    (Surah Fusilat:53)

    إِنَّ فِي خَلۡقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ وَٱخۡتِلَٰفِ ٱلَّيۡلِ وَٱلنَّهَارِ لَأٓيَٰتٖ لِّأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ

    Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.

    (Surah Ali-Imran:190)

Metod Islam dalam mengenali Allah Subhanahuwata‘ala

Islam memadukan ayatul qauliyah dan ayatul kauniyah dalam mengenali Allah Subhanahuwata‘ala. Ini kerana tidak ada yang mengetahui hal-hal yang ghaib kecuali Allah Subhanahuwata’ala. Bahkan manusia memerlukan bantuan ayat-ayat Allah Subhanahuwata’ala untuk mengetahui hal-hal yang ghaib mengenai diri manusia sendiri. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

وَمَا كَانَ لِنَفۡسٍ أَن تُؤۡمِنَ إِلَّا بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ وَيَجۡعَلُ ٱلرِّجۡسَ عَلَى ٱلَّذِينَ لَا يَعۡقِلُونَ ٠ قُلِ ٱنظُرُواْ مَاذَا فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ وَمَا تُغۡنِي ٱلۡأٓيَٰتُ وَٱلنُّذُرُ عَن قَوۡمٖ لَّا يُؤۡمِنُونَ

Dan tidak ada seorangpun aka n beriman kecuali dengan izin Allah, dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang yang tidak mempergunakan akalnya.

Katakanlah: “Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi, tidaklah bermanfaat tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang yang tidak beriman”.

(Surah Yunus: 100-101)

أَعَدَّ ٱللَّهُ لَهُمۡ عَذَابٗا شَدِيدٗاۖ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ يَٰٓأُوْلِي ٱلۡأَلۡبَٰبِ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْۚ قَدۡ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكُمۡ ذِكۡرٗا

Allah menyediakan bagi mereka azab yang keras, maka bertaqwalah kepada Allah wahai orang yang mempunyai akal, (iaitu) orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan peringatan kepadamu.

(Sura At-Thalaq:10)

وَقَالُواْ لَوۡ كُنَّا نَسۡمَعُ أَوۡ نَعۡقِلُ مَا كُنَّا فِيٓ أَصۡحَٰبِ ٱلسَّعِيرِ

Dan mereka berkata: “Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) nescaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala”.

(Surah Al-Mulk:10)

Apabila manusia mengetahui keterbatasan aqalnya, maka timbullah kerendahan hati untuk merujuk kepada dalil-dalil naqli (al-Quran dan as-Sunnah) dalam mengenali Allah Subhanahuwata’ala. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَٰمٗا وَقُعُودٗا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلۡقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَٰذَا بَٰطِلٗا سُبۡحَٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

(Iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Rab kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada siksa neraka.

 (Surah Ali Imran:191)

إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَذِكۡرَىٰ لِمَن كَانَ لَهُۥ قَلۡبٌ أَوۡ أَلۡقَى ٱلسَّمۡعَ وَهُوَ شَهِيدٞ

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang yang mempunyai akal atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya.

(Surah Qaf:37)

Dalil-dalil naqli memberikan maklumat yang lengkap dan tepat mengenai perkara-perkara yang ghaib. Dalil-dalil aqli (yakni hasil-hasil kajian daripada pancaindera dan akal manusia) pula akan memperkuatkan apa-apa yang diperolehi daripada dalil-dalil naqli. Dalil-dalil naqli memberikan bimbingan untuk mempergunakan kemampuan akal secara baik, efisyen dan efektif sehingga seseorang itu tidak perlu menghabiskan tenaga dan waktu untuk mengkaji hal-hal yang tidak terjangkau oleh akal. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:

تفكروا في خلق الله ولا تتفكروا في الله فإنكم لن تقدروا قدره

Berfikirlah tentang makhluk-mahluk Allah dan jangan berfikir tentang zat Allah kerana akal kamu tidak akan dapat menjangkau-Nya

(Riwayat as-Sakhawi)[1]

Keharmonian antara ayat-ayat naqli dan aqli akan membawa seseorang muslim yakin dan beriman kepada Allah Subhanahuwata’ala.

Metod selain Islam

Berbeza dengan metod Islam, metod selain daripada Islam bertolak daripada dzon (prasangka, dugaan atau tekaan semata-mata) dalam menanggapi sesuatu yang sering kali berakhir dengan pengaruh nafsu. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

وَمَا يَتَّبِعُ أَكۡثَرُهُمۡ إِلَّا ظَنًّاۚ إِنَّ ٱلظَّنَّ لَا يُغۡنِي مِنَ ٱلۡحَقِّ شَيۡ‍ًٔاۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمُۢ بِمَا يَفۡعَلُونَ

Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikit pun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.

(Surah Yunus:36)

Metod bukan Islam yang bertolak daripada prasangka dan kepentingan nafsu. Ini menimbulkan keraguan dan kebimbangan. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

وَلَا يَزَالُ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فِي مِرۡيَةٖ مِّنۡهُ حَتَّىٰ تَأۡتِيَهُمُ ٱلسَّاعَةُ بَغۡتَةً أَوۡ يَأۡتِيَهُمۡ عَذَابُ يَوۡمٍ عَقِيمٍ

Dan sentiasalah orang kafir itu berada dalam keragu-raguan terhadap Al-Quran, hingga datang kepada mereka saat (kematiannya) dengan tiba-tiba atau datang kepada mereka azab hari kiamat.

(Surah Al-Hajj:55)

أَفِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ أَمِ ٱرۡتَابُوٓاْ أَمۡ يَخَافُونَ أَن يَحِيفَ ٱللَّهُ عَلَيۡهِمۡ وَرَسُولُهُۥۚ بَلۡ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ

Apakah dalam hati mereka ada penyakit, atau mereka ragu-ragu ataukah takut kalau-kalau Allah dan rasul-Nya berlaku zalim kepada mereka? Sebenarnya, mereka itulah orang yang zalim.

(Surah An-Nur:50)

Maka, semakin mereka menyelami pelbagai fenomena di alam ini, semakin besar keraguan mereka. Akhirnya mereka kufur kepada Allah Subhanahuwata’ala.

 

Rujukan

1.    Jasiman, Lc., Syarah Rasmul Bayan Tarbiyah, Auliya Press Solo, Surakata, Indonesia, Cetakan pertama Julai 2005.

2.    Ummu Yasmin, Materi Tarbiyah: Panduan Kurikulum Bagi Da’i dan Murabbi, Media Insani, Tunggulsari, Solo, Cetakan kedua Januari 2005.

3.    Al-Quran dan terjemahan.

[1] Al-Maqasidul Hasanah, no.hadits : 191

Print Friendly, PDF & Email

Check Also

Manusia Perlu Lihat Kepada Makanannya

Hendaklah Manusia Melihat Pada Makanannya Dalam sebuah ayat, Allah Subhanahuwata’ala berfirman: فَلۡيَنظُرِ ٱلۡإِنسَٰنُ إِلَىٰ طَعَامِهِۦٓ …

One comment

  1. your website is great! thanks 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *