Home / Ali Ahmad Foudzi

Ali Ahmad Foudzi

Penyakit-Penyakit Jiwa Dan Cara Mengubatinya

WhatsApp Image 2018-11-02 at 1.11.08 PM

Penyakit-penyakit  yang biasa terdapat dalam jiwa manusia ialah seperti berikut: Mensyirikkan Allah Subhanahuwata’ala. Melakukan amalan yang berdosa kepada Allah Subhanahuwata’ala. Lalai  terhadap tugas yang  dipertanggungjawabkan  oleh Allah Subhanahuwata’ala kepada hamba yang muslim. Menghina dan memandang kecil kepada orang yang dikasihi  dan disokong Allah Subhanahuwata’ala. Meninggalkan keputusan Allah Subhanahuwata’ala dalam kehidupan,  sebaliknya mengambil keputusan yang lain. Dalam realiti  kini, banyak ketentuan dan  ketetapan Allah Subhanahuwata’ala dipandang  tidak baik dan tidak diredhai oleh manusia.  Manusia tidak memberi harga dan nilai yang sepatutnya kepada kehendak Allah Subhanahuwata’ala. Manusia memandang sepi terhadap ketetapan Allah Subhanahuwata’ala. Mungkin  terdapat  segelintir  manusia  daripada  umat ini yang  memandang berat, …

Read More »

Mujahadah

WhatsApp Image 2018-10-29 at 11.24.35 AM

Mujahadah adalah jalan ke arah hidayah dan taqwa Islam telah menunjukkan kepada kita beberapa jalan yang boleh menyampaikan kita kepada taqwa. Salah satu jalan ialah dengan kita bermujahadah. Berhubung dengan mujahadah ini, Ustaz Sa’id Hawwa menjelaskan: Kita bermujahadah ini adalah untuk mendapatkan petunjuk daripada Allah Subhanahuwata’ala. Oleh itu, mujahadah ialah jalan untuk kita mendapat petunjuk daripada Allah Subhanahuwata’ala agar petunjuk itu masuk ke dalam hati kita. Maknanya, untuk mendapat dan memperoleh hidayah daripada Allah Subhanahuwata’ala maka perlu kepada bermujahadah. Mujahadah juga merupakan jalan untuk kita menambahkan petunjuk. Setelah kita mendapat petunjuk, kita hendaklah meningkatkan dan menambahkan lagi hidayah daripada Allah …

Read More »

Ar-Rasul Qudwatuna (Rasul Ikutan Kita)

WhatsApp Image 2018-10-29 at 11.07.34 AM

Muqaddimah Tugas para rasul ialah menyeru, menyedar dan membentuk manusia agar beriman kepada Allah Subhanahuwata’ala.  Atau, dengan kata lain, mengajak dan membentuk keperibadian manusia agar tunduk  mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah Subhanahuwata’ala semata-mata. Tugas atau peranan ini dilaksanakan oleh para rasul terhadap umat masing-masing. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pula melaksanakannya terhadap seluruh manusia. Firman Allah Subhanahuwata’ala: وَلَقَدۡ بَعَثۡنَا فِي كُلِّ أُمَّةٖ رَّسُولًا أَنِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ وَٱجۡتَنِبُواْ ٱلطَّٰغُوتَۖ فَمِنۡهُم مَّنۡ هَدَى ٱللَّهُ وَمِنۡهُم مَّنۡ حَقَّتۡ عَلَيۡهِ ٱلضَّلَٰلَةُۚ فَسِيرُواْ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلۡمُكَذِّبِينَ ٣٦ Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan  rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyeru): Sembahlah Allah (sahaja) , dan jauhilah …

Read More »

Konsep Lailahaillallah ( لا اله الا الله ) Sebagai Satu Cara Hidup Yang Menolak Jahiliah

WhatsApp Image 2018-10-13 at 12.20.52 PM

Muqaddimah Islam adalah nizam (sistem hidup) yang kamil (lengkap) dan syamil (menyeluruh).  Islam  terbina  di atas  asas  yang  kukuh.  Islam terdiri daripada rukun-rukun yang besar hinggalah kepada  cabang-cabang  dan  ranting-rantingnya  yang kecil.  Rukun,  cabang  dan ranting tertegak di atas asasnya dan saling perlu memerlu  antara satu sama lain. Islam umpama pokok, bermula daripada biji  benih, kemudian mengeluarkan akar dan pucuk. Seterusnya ia membesar  dan membentuk batang, dahan, cabang, ranting dan dedaun hingga menjadi  sebatang pokok yang rendang, tegak dan kukuh.  Namun,  setiap helai daun berhubung terus dengan akarnya. Islam bererti penyerahan diri Islam  juga  bererti penyerahan diri  sepenuhnya,  tanpa  sebarang …

Read More »

Hakikat Beriman Kepada Allah Subhanahuwata’ala

WhatsApp Image 2018-10-02 at 1.29.38 PM

Hakikat  iman kepada Allah Subhanahuwata’ala adalah satu hakikat besar  yang mencakupi  seluruh  kehidupan manusia. Apabila  iman  bersemi  dalam  hati  seseorang,  maka iman  itu  akan  terus  menjelmakan kesannya  dalam  bentuk amal perbuatan, kegiatan  dan  perjuangan yang mengharapkan Allah Subhanahuwata’ala atau redha-Nya. Dia  ta’at kerana  Allah Subhanahuwata’ala. Dia tunduk dan patuh kepada titah  perintah Allah Subhanahuwata’ala  sama ada dalam hal yang kecil mahupun besar. Tidak  bersekongkol bersama-sama hakikat Iman itu dengan hawa nafsu  dan syahwat yang sering mengajak manusia menyeleweng daripada  ajaran Allah Subhanahuwata’ala.  Bahkan iman itu akan mengajak nafsu  dan  syahwat untuk  tunduk  mengikut ajaran Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam  yang  didatangkan daripada Allah …

Read More »

Tasawur Keimanan Yang Syumul Kepada Allah Subhanahuwata’la

WhatsApp Image 2018-09-27 at 11.37.40 AM

Pendahuluan Apabila kita memperkatakan atau menganalisis tajuk ini bererti secara lansung kita menyentuh tentang ‘Aqidah Islamiah. Ia adalah suatu perkara yang berat dan serius kerana jika silap memberi pengertian dan kefahaman atau penganalisisan bermakna menerjunkan diri ke medan syirik. Penyelewengan ‘aqidah sekali gus adalah penyelewengan dalam kehidupan. Syirik tidak diampun Syirik adalah kesalahan yang besar di sisi Allah Subhanahuwata’ala. Firman Allah Subhanahuwata’ala: إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَغۡفِرُ أَن يُشۡرَكَ بِهِۦ وَيَغۡفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَآءُۚ وَمَن يُشۡرِكۡ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱفۡتَرَىٰٓ إِثۡمًا عَظِيمًا ٤٨  Sesungguhnya Allah tidak akan mengampun dosa-dosa syirik dan dia mengampun segala dosa selainnya bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. …

Read More »