Home / 2017 / May

Monthly Archives: May 2017

Berdakwah kepada Allah SWT

Pengertian Berdakwah Kepada Allah SWT Dakwah bermaksud tuntutan dan seruan. Berdakwah kepada Allah SWT bermaksud menyeru manusia kepada Allah SWT dan menuntut (mengajak) mereka supaya beriman kepada Allah SWT dan mengikut syariat-Nya. Semua rasul merupakan para pendakwah menurut pengertian di atas. Firman Allah SWT kepada nabi-Nya Muhammad SAW: يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّبِيُّ إِنَّآ أَرۡسَلۡنَٰكَ شَٰهِدٗا وَمُبَشِّرٗا وَنَذِيرٗا ٤٥ وَدَاعِيًا إِلَى ٱللَّهِ بِإِذۡنِهِۦ وَسِرَاجٗا مُّنِيرٗا ٤٦ Wahai nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu) dan pembawa berita gembira (kepada orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang yang ingkar). Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan taufiq yang …

Read More »

Pengajaran Daripada Sirah Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam Siri 9: Pemulauan Ekonomi

Kaum kafir Quraisy telah membuat keputusan sebulat suara untuk  membunuh Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam. Keputusan ini disampaikan kepada Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib. Tetapi Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib enggan menyerahkan Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam kepada kaum kafir Quraisy. Setelah rancangan membunuh Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam tidak berjaya, maka kaum Quraisy merancang pemulauan. Mereka bermuafakat untuk memulau baginda, orang Islam yang bersama baginda serta kalangan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib yang mempertahankan baginda. Untuk mencapai tujuan ini, mereka telah menandatangani satu perjanjian bertulis yang menyatakan mereka tidak akan mengahwini, tidak berjual-beli, menyekat sumber rezeki, tidak menerima sebarang perdamaian dan tidak akan berbelas kasihan  …

Read More »

Pengajaran Daripada Sirah Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam Siri 8: Rundingan Dan Tawaran

Daripada Ibn Hisyam dan daripada Ibn Ishaq bahawa pada satu masa ‘Utbah bin Rabi’ah, salah seorang pembesar Quraisy yang bijak dan jauh pandangan, telah menawar kepada Quráisy: “Wahai sekalian umat Quraisy, mahukah kamu sekiranya aku pergi bertemu Muhammad untuk menawarkan beberapa tawaran. Semoga beliau menerimanya. Dengan demikian kita tidak lagi terancam dengan seruan agama baru itu.” Mereka sebulat suara bersetuju dengan pendapat ‘Utbah. Kata mereka: “Memang tepat dan benar sekali pendapat saudara itu dan jalankan segera”. Dengan tidak membuang masa ‘Utbah pergi di rumah Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam. Beliau disambut baik oleh baginda. ‘Utbah pun membuka hasratnya dan kaumnya: “Wahai anak …

Read More »

Pengajaran Daripada Sirah Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam Siri 7: Penyiksaan

Puak Quraisy begitu melampau menentang Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan sahabat-sahabat baginda. ‘Abdullah bin ‘Amru bin Al-’As menceritakan: “Ketika Nabi Sallahu‘alaihiwasallam bersolat di Ka’bah, ‘Aqabah bin Abi Muit datang mencekik baginda dengan bajunya. Kemudian Abu Bakar datang memegang kepala bahu ‘Aqabah sambil menolaknya daripada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, lalu berkata: “Kenapa engkau hendak membunuh manusia yang mengaku dan mengucap “Rabbku ialah Allah?” ‘Abdullah bin ‘Umar pula menceritakan: “Ketika Nabi sedang sujud bersolat di tengah-tengah puak Quraisy, datanglah ‘Aqabah bin Abi Muit membawa najis sembelihan, lalu melemparkannya ke atas belakang Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, menyebabkan baginda tidak mengangkat kepalanya semasa sujud sehingga datanglah puterinya Fatimah Radiallahu‘anha membuang …

Read More »