Home / 2016 / June (page 2)

Monthly Archives: June 2016

Syarah Usul ‘Isyrin (Hasan Al-Banna) : Usul ke 6 dan 7

Syarah Usul Ke-6 & Usul Ke-7 Usul Ke-6: Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima. Setiap orang boleh diterima dan ditolak kata-katanya melainkan Rasulullah SAW yang maksum. Setiap yang datang dari salafus soleh yang bertepatan dengan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya kita terima dengan sebulat hati. Akan tetapi jika berlawanan dengannya maka Kitab Allah dan Sunnah RasulNya lebih utama diikuti. Walau bagaimanapun kita tidak sekali-kali mengecam atau mendedahkan keburukan peribadi-peribadi tertentu di dalam masalah yang diperselisihkan. Kita hanya berserah kepada niat hati mereka. Sesungguhnya mereka berlalu dengan apa yang mereka lakukan. Usul Ke-7: Seorang yang belum pakar …

Read More »

Syarah Usul ‘Isyrin (Hasan Al-Banna) : Usul ke 8

Syarah Usul Ke-8 Perbezaan dalam Feqah jangan membawa kepada perpecahan hati. Perselisihan fiqh dalam perkara cabang tidak sepatutnya menjadi sebab kepada perpecahan dalam agama dan tidak seharusnya membawa kepada perbalahan atau permusuhan. Setiap orang yang berijtihad ada pahalanya. Walau bagaimanapun tidak ada penghalang bagi melakukan tahqiq ilmu / penjelasan ilmiah dalam masalah-masalah yang diperselisihkan dalam suasana kasih saying kerana Allah SWT. Serta kerjasama dalam menyampaikan kebenaran tanpa terbawa-bawa kepada pertengkaran yang dicela serta taksub.  

Read More »

Syarah Usul ‘Isyrin (Hasan Al-Banna) : Usul ke 9

Syarah Usul Ke-9 Jauhi perdebatan Feqah yang tidak membawa kepada tindakan amali. Setiap masalah yang tidak berdiri amal di atasnya maka melibatkan diri di dalamnya adalah membebankan diri dengan perkara yang ditegah syara’. Di antaranya ialah banyak furu’ di dalam hukum hakam yang tidak berlaku, melibatkan diri di dalam makna-makna ayat Al-Quran yang ilmu belum sampai kepadanya dan bercakap tentang kelebihan di antara sahabat R.A. dan khilaf yang berlaku di kalangan mereka. Setiap mereka mempunyai kelebihan bersahabat dengan Rasulullah SAW dan dibalas menurut niat mereka, tambahan pula takwil adalah dibenarkan.  

Read More »

Syarah Usul ‘Isyrin (Hasan Al-Banna) : Usul ke 10

Syarah Usul Ke-10 Kita beriman kepada Ayat-ayat Sifat tanpa menafsir atau menolaknya. Mengenal Allah SWT, mentauhid dan menyucikanNya adalah setinggi-tinggi aqidah Islam. Ayat-ayat sifat dan hadith-hadithnya yang sahih serta penyerupaaan yang layak denganNya, kita beriman dengannya sebagaimana ia datang tanpa takwil dan ta’thil. Kita jangan cuba mendedahkan khilaf di antara ulama’ di dalam masalah itu. Sudah cukup bagi kita apa yang telah cukup bagi Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya.  

Read More »

Syarah Usul ‘Isyrin (Hasan Al-Banna) : Usul ke 11 dan 12

Syarah Usul Ke-11 & Usul Ke-12 Usul Ke-11: Semua Bid’ah yang tiada asas Syarak adalah munkar yang wajib dibenteras. Setiap bid’ah dalam agama Allah adalah tidak mempunyai asas sama sekali yang dipandang baik oleh manusia hanyalah menurut hawa nafsu mereka, sama ada dengan cara menambah atau mengurangkannya adalah kesesatan yang wajib diperangi dan dihapuskan dengan cara yang paling baik sehingga tidak membawa kepada perkara yang lebih buruk dari bid’ah itu sendiri. Usul Ke-12: Bid’ah Idafiah, Bid’ah Tarkiah, Bid’ah Iltizamiah adalah khilaf ulamak. Bid’ah dengan cara menambah, meninggalkan dan beriltizam dengan sejenis ibadat mutlak adalah masalah khilafiyah. Setiap orang mempunyai pendapatnya …

Read More »

Syarah Usul ‘Isyrin (Hasan Al-Banna) : Usul ke 13

Syarah Usul Ke-13 Keramat boleh berlaku pada Wali-wali Allah, namun mereka tidak boleh memberi manfaat atau mudharat kepada diri mereka, apatah lagi kepada orang lain. Mencintai orang-orang yang saleh, menghormati dan memberi pujian terhadap amalan-amalan baik yang mereka lakukan adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Wali-wali Allah ialah mereka yang disebut oleh Allah di dalam Al-Qur’an iaitu orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Karamah yang berlaku ke atas mereka hendaklah terjadi dengan syarat-syarat yang bertepatan dengan dengan syara’ serta mempercayai bahawa mereka adalah hamba yang diredhai oleh Allah SWT. Mereka tidak mampu untuk memberi manfaat atau mendatangkan mudharat ketika …

Read More »

Syarah Usul ‘Isyrin (Hasan Al-Banna) : Usul ke 14

Syarah Usul Ke-14 Ziarah kubur adalah sunnah Rasulullah saw. Jangan dicampur dengan Bid’ah. Menziarahi kubur dalam apa keadaan sekali pun adalah perkara sunat yang disyariatkan dengan cara-cara yang ma’thur. Tetapi meminta pertolongan dari ahli-ahli kubur siapa sekali pun mereka, menyeru mereka kerana perkara tersebut, menuntut mereka menunaikan segala hajat sama ada dari dekat atau jauh, bernazar kepada mereka, membangunkan binaan di atas kubur, menyelimutinya, meneranginya, mengusap-ngusapnya, bersumpah dengan sesuatu selain Allah dan seumpamanya yang terdiri daripada perkara-perkara bid’ah adalah dosa-dosa besar yang wajib diperangi. Kita tidak mentakwilkan amalan-amalan ini dengan tujuan menutup jalan kemungkaran.

Read More »

Syarah Usul ‘Isyrin (Hasan Al-Banna) : Usul ke 15

Syarah Usul Ke-15 Tawassul dalam berdoa adalah khilaf ulamak dan bukan dalam masalah Aqidah. Berdoa apabila dibuat dengan cara bertawasul kepada Allah dengan salah satu makhluk-makhlukNya, merupakan perselisihan kepada masalah furu’ (cabang) di dalam kaifiat (cara-cara) berdoa, dan bukannya permasalahan aqidah.  

Read More »

Saya Mestilah Mampu Menguasai Diri

Dalam kehidupan ini, manusia sentiasa bertarung dengan dirinya sendiri. Adakalanya ia menang dan adakalanya ia kecundang, atau pun ia tetap berada dalam pertarungan yang berterusan. Sememangnya pertarungan ini suatu yang berterusan hinggalah ajal menjemput manusia. Firman Allah Subhanahuwata’ala: وَنَفۡسٖ وَمَا سَوَّىٰهَا ٧ فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَىٰهَا ٨  قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّىٰهَا ٩ وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّىٰهَا ١٠ Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya). Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.  (Surah Asy-Syams : 7-10) Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menggambarkan hal yang sama dalam hadits baginda: تُعرَضُ الفتنُ علَى …

Read More »

Syarah Usul ‘Isyrin (Hasan Al-Banna) : Usul ke 16

Syarah Usul Ke-16 Dalam mengeluarkan hukum, Syarak merujuk kepada intipati sesuatu perkara dan bukan nama yang dipakai orang ramai. Uruf yang salah tidak mengubah hakikat lafaz-lafaz syariat. Malah wajib dipastikan batas-batas pengertian yang dimaksudkan dari lafaz-lafaz itu, dan tidak melewati pengertian-pengertian yang dimaksudkan itu. Begitu juga mestilah diawasi sebarang lafaz-lafaz yang sengaja dikemukakan dengan tujuan tipu helah di dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan urusan dunia dan agama. Yang diambil kira ialah sesuatu yang dinamakan, bukan nama yang diberikan”.

Read More »