Home / 2016 / June

Monthly Archives: June 2016

Audio: Puasa Membina Taqwa

Oleh: Dato’ Kaya Bakti Ustaz Dahlan Mohd Zain Sesungguhnya matlamat puasa ialah untuk melahirkan manusia yang bertaqwa kepada Allah SWT Suntingan: Abu Taqiy Hussein

Read More »

Audio: Ramadhan Taman Yang Indah

Oleh: Ustaz Omar Haji Salleh Berbahagialah mereka yang redha dengan kedatangan Ramadhan, celakalah mereka yang tidak senang kedatangan dengan Ramadhan. Taqwa mempunyai tiga pengertian: Takut dan merasai kehebatan Allah Subhanahuwata’ala Ta’at dan beribadah kepada Allah Subhanahuwata'ala Menyucikan hati daripada dosa Sambutlah Ramadhan dengan persediaan hati. Suntingan: Abu Taqiy Hussein  

Read More »

Mujhahid Ialah Orang Yang Berjihad Melawan Nafsu

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: الْمُجَاهِدُ مَنْ جَاهَدَ نَفْسَهُ فِي اللهِ Mujahid adalah orang yang berjihad melawan nafsunya di jalan Allah. (Riwayat Ibn Hibban)[1]  SEKILAS PENJELASAN Dalam hadits ini, Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam mengajak kita melihat diri kita sendiri, kemudian melakukan tindakan yang tepat terhadap nafsu dan diri kita. Sesungguhnya jihad yang pelbagai bentuk tidak akan berhasil jika tidak diawali dengan jihadun nafs (jihad melawan nafsu). Kita perlu selalu ingat bahawa mujahid sejati ialah orang yang berjihad melawan nafsunya untuk taat dan istiqamah di jalan Allah Subhanahuwata’ala. HIKMAH TARBAWIYAH Mengapa Orang Yang Melawan Nafsunya Disebut Mujahid? 1. Apa pun bentuk jihad di sisi Allah …

Read More »

Syarah Usul ‘Isyrin (Hasan Al-Banna) : Usul 1

Syarah Usul Pertama Islam adalah agama yang menyeluruh dan lengkap. الإســلام نـظـام شــامـل يـتـنـاول مـظـاهـر الـحـيـاة جـمـيـعـا فـهـو دولـة و وطـن أو حـكـومـة و أمـة وهـو خـلـق و قـوة أو رحـمـة و عـدالـة وهـو ثـقـافـة و قـانـون أو عـلـم و قـضـاء وهـو مـادة و ثــروة أو كسـب و غــنـى وهـو جـهـاد و دعـوة أو جـيـش و فـكـرة كـما هـو عـقـيـدة صـادقــة و عـبـادة صـحـيحـة سـواء بسـواء Islam adalah sistem lengkap yang merangkumi keseluruhan aspek kehidupan. Islam adalah daulah dan tanahair atau kerajaan dan ummah. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Kebudayaan dan undang – undang atau ilmu dan kehakiman. …

Read More »

Syarah Usul ‘Isyrin (Hasan Al-Banna) : Usul ke 2

Syarah Usul Ke-2 Al-Quran dan As-Sunnah adalah rujukan asas dalam perundangan Islam. والقران الكريم والسـنة المطهـرة مرجع كل مـسـلم فى تعرف أحكام الإسـلام و يفـهم القـران طـبـقـا لـقـواعد اللـغـة الـعـربـيـة من غـيـر تـكـلـف و لا تـعـسـف و يرجـع فى فـهـم الـسـنة الـمـطـهـرة إلى رجـال الـحـديث الـثـقـات Al-Quran dan sunnah (hadis) adalah sumber rujukan untuk mengetahui hukum hakam Islam. Al-Quran difahami menurut kaedah-kaedah bahasa Arab dengan tidak memberat dan meringankan. Hadis pula di fahami melalui periwayat-periwayat hadis yang dipercayai.  

Read More »

Syarah Usul ‘Isyrin (Hasan Al-Banna) : Usul ke 3

Syarah Usul Ke-3 Iman sejati, ibadah yang sah dan perjuangan mempunyai cahaya dan kemanisan di dalam hati. Ilham, lintasan hati, mimpi tidak boleh dijadikan dalil hukum Agama. Iman yang benar, ibadah yang sah dan mujahadah merupakan cahaya dan kemanisan yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendaki di kalangan hamba-hambaNya. Tetapi ilham, lintasan-lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil-dalil hukum syara’. Ia tidak diambil kira kecuali dengan syarat tidak berlawanan dengan hukum dan nas agama.  

Read More »

Syarah Usul ‘Isyrin (Hasan Al-Banna) : Usul ke 4

Syarah Usul Ke-4 Tangkal, jampi selain ayat Al-Quran dan Hadis serta mendakwa tahu hal ghaib (yang belum berlaku) adalah munkar yang wajib dibenteras. Tangkal, azimat, al-wad’ (sesuatu yang diambil dari laut seperti kulit kerang untuk menghindarkan sakit mata), al-ma’rifah (mengetahui sesuatu perkara dengan tanda-tanda awal untuk mencari barang kecurian, tempat orang sesat dsb), kihanah (pemberitahuan tentang perkara-perkara ghaib pada masa akan datang atau perkara yang tersembunyi di dalam hati orang lain) dan dakwaan mengetahui perkara ghaib dan perkara-perkara yang tergolong di dalam perkara ini merupakan perkara mungkar yang wajib diperangi melainkan jampi-jampi dari ayat Al-Quran atau jampi yang ma’thurah (datang …

Read More »

Syarah Usul ‘Isyrin (Hasan Al-Banna) : Usul ke 5

Syarah Usul Ke-5 Keputusan pimpinan dalam organisasi wajib dilaksanakan dalam perkara maslahat, yang tiada nas atau ada nas tetapi mempunyai berbagai tafsiran. Pendapat Imam atau Naibnya dalam perkara-perkara yang tidak ada nas, yang boleh menerima andaian pelbagai segi dan yang berhubung dengan masalih al-mursalah boleh diterima sekiranya tidak bertentangan dengan kaedah-kaedah syara’. Kadang-kadang ia berubah menurut keadaan, uruf dan adat. Asal pada ibadat ialah ta’abbud tanpa melihat kepada makna-makna. Dan asal pada adat ialah melihat kepada rahsia, hikmah dan tujuan.  

Read More »