Home / 2016 / March

Monthly Archives: March 2016

Kesempurnaan Islam

Sebagai sistem yang dicipta dan diturunkan oleh Allah Subhanahuwata‘ala Yang Maha Halus Lagi Maha Sempurna, Islam memiliki kesempurnaan yang tidak dimiliki oleh mana-mana sistem buatan manusia. Kesempurnaan Islam memenuhi keperluan setiap zaman, bangsa dan bidang. Islam memenuhi keperluan setiap zaman Seluruh nabi dan rasul (daripada nabi pertama hingga nabi yang terakhir) mengajarkan perkara pokok yang sama. Risalah mereka hanyalah satu iaitu membebaskan manusia daripada perhambaan kepada yang lain kepada perhambaan kepada Al-Khaliq (Allah Subhanahuwata’ala). Kesempurnaan ajaran nabi sangat jelas kita dapati pada risalah yang dibawa oleh nabi terakhir, Muhammad Sallallahu‘alaihwasallam, yang menyempurnakan bangunan yang sudah dibangunkan oleh nabi-nabi sebelumnya. Dengan …

Read More »

Beberapa Definisi Islam

Berikut dikemukakan beberapa definisi Islam. Definisi pertama Definisi pertama berdasarkan sebuah hadits. Diceritakan  bahawa pada suatu hari malaikat Jibril yang merupa seorang arab badwi telah menemui Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, di hadapan sahabat-sahabat baginda. Salah satu pertanyaan malaikat kepada baginda ialah mengenai apakah itu Islam:  :يا محمد أخبرني عن الاسلام فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم الاسلام أن تشهد أن لااله الاالله وأن محمدا رسول الله وتقيم الصلاة وتؤ تي الزكاة وتصوم ومضان وتحج البيت ان استطعت اليه سبيلا Wahai Muhammad, khabarkanlah kepadaku tentang Islam? Berkata  Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam: Engkau mengakui bahawa tiada ilah melainkan Allah dan bahawa Muhammad Rasulullah, mendirikan solah, …

Read More »

Makna Islam

Secara bahasa, al-Islam diambil dari akar kata salima. Daripada akar kata ini, kita akan mendapati kata-kata: Islaamulwajhi yang bererti menundukkan wajah. Hal ini dilakukan ketika seseorang mengakui kebesaran pihak lain dan rendah hati di hadapannya. Al-Istislaam yang bererti berserah diri. Hal ini dilakukan ketika orang sudah kalah atau berasa lebih aman kalau tidak menentang. As-Salaamah yang bermakna keselamatan, kebersihan atau kesihatan. As-Salaam yang bermaksud selamat dan sejahtera. As-Salm atau as-Silm yang bererti pendamaian atau kedamaian. Ketika seseorang menundukkan wajahnya kepada Allah Subhanahuwata’ala dan berserah diri kepada-Nya, pada saat itulah dia bersih daripada kesombongan. Jika itu yang dia lakukan, dia akan …

Read More »

Hasil Mengikuti Rasululullah Sallallahu‘alaihiwasallam

Dengan beriman kepada Allah Subhanahuwata‘ala dan Rasul-Nya, mengikuti sunnah baginda dan berjihad fisabilillah, orang beriman akan mendapat dua kebaikan, iaitu kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Kebaikan di dunia Memperolehi kecintaan Allah Subhanahuwata‘ala (mahabbatullah) Allah Subhanahuwata‘ala mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya. Firman-Nya: يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَسَوۡفَ يَأۡتِي ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ يُحِبُّهُمۡ وَيُحِبُّونَهُۥٓ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَٰفِرِينَ يُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَآئِمٖۚ Wahai orang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad daripada dinnya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap …

Read More »

Terimalah Ajaran Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam Sepenuhnya

Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam adalah زعيمنا (pemimpin kita) di dunia dan akhirat. Baginda adalah pemimpin umat pilihan Allah Subhanahuwata‘ala. Baginda diberikan bimbingan oleh Allah Subhanahuwata‘ala untuk menghukum dan membuat keputusan di kalangan manusia.  Firman Allah-Nya: إِنَّآ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِتَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ أَرَىٰكَ ٱللَّهُۚ وَلَا تَكُن لِّلۡخَآئِنِينَ خَصِيمٗا Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang yang tidak bersalah), kerana (membela) orang yang khianat (Surah An-Nisa’ : 105) Jelaslah bahawa Nabi Muhammad Sallallahu‘alaihiwasallam, di samping baginda seorang rasul pilihan Allah Subhanahuwata‘ala, …

Read More »

Kewajipan Mencintai Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam

Pendahuluan Menjadi kewajipan bagi setiap muslim untuk mencintai Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam melebihi cintanya kepada semua makhluk lain. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam adalah manusia pilihan Allah Subhanahuwata‘ala yang diutuskan kepada umat manusia untuk membimbing mereka kepada hidayah, berbuat makruf,  mencegah kemungkaran dan beriman kepada-Nya. Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam mengeluarkan manusia daripada kegelapan jahiliah kepada cahaya Islam. Firman Allah Subhanahuwata‘ala: الٓرۚ كِتَٰبٌ أَنزَلۡنَٰهُ إِلَيۡكَ لِتُخۡرِجَ ٱلنَّاسَ مِنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذۡنِ رَبِّهِمۡ إِلَىٰ صِرَٰطِ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡحَمِيدِ Alif, laam raa. (Ini adalah) kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia daripada gelap gelita kepada cahaya terang benderang dengan izin Rab mereka, (iaitu) menuju jalan Rab Yang Maha …

Read More »

Kewajipan Tambahan Terhadap Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam

Mencintai Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam lebih daripada mencintai orang lain Sabda Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam:  لا يُؤمِنُ أحدُكم حتى أكونَ أحبَّ إليهِ من والدِه وولدِه والناسِ أجمعينَ Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga ia menjadikan aku lebih dicintai di sisinya daripada orang tuanya, anaknya dan manusia keseluruhannya (Riwayat al-Bukhari)[1] Tanda cinta atau kasihkan Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam ialah mengikuti baginda dengan penuh ikhlas. Firman Allah Subhanahuwata‘ala: يَحۡلِفُونَ بِٱللَّهِ لَكُمۡ لِيُرۡضُوكُمۡ وَٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ أَحَقُّ أَن يُرۡضُوهُ إِن كَانُواْ مُؤۡمِنِينَ Mereka bersumpah kepada kamu dengan nama Allah untuk mencari keredhaanmu, padahal Allah dan Rasul-Nya itulah yang lebih patut mereka cari keredhaannya jika mereka itu orang yang beriman …

Read More »

Kewajipan Asasi Terhadap Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam

Beriman kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bermakna yakin bahawa Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam adalah nabi dan pesuruh Allah Subhanahuwata’ala, serta menerima dan mematuhi segala ajaran baginda. Beriman  dengan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menuntut kita  supaya menyerahkan hidup kepada arahan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dalam erti kata mentaati apa  yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang baginda. Untuk memampukan kita melaksanakan tuntutan itu, memerlukan  tarbiah. Untuk  sentiasa meredhai  dan mentaati segala perintah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam  dengan  senang  hati, memerlukan  tarbiah yang berterusan. Ketaatan kita  kepada  Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam  sebenarnya  adalah untuk kebaikan kita jua. Kita akan mendapat rahmat dan diampuni segala dosa-dosa kita. Firman  Allah Subhanahuwata’ala: وَأَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ …

Read More »

Tugas Rasul

Allah Subhanahuwata‘ala mengutuskan para  rasul  dengan  tugas-tugas   yang  ditentukan-Nya. Secara umumnya, tugas  Rasul ialah memikul  risalah  da’wah dan  menegakkan  din Allah Subhanahuwata‘ala. Firman-firman-Nya: يَٰٓأَيُّهَا ٱلرَّسُولُ بَلِّغۡ مَآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَۖ وَإِن لَّمۡ تَفۡعَلۡ فَمَا بَلَّغۡتَ رِسَالَتَهُۥۚ وَٱللَّهُ يَعۡصِمُكَ مِنَ ٱلنَّاسِۗ Wahai rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu daripada Rabmu, dan jika kamu tidak kerjakan (apa yang diperintahkan itu, bererti) kamu tidak menyampaikan amanat-Nya, Allah memelihara kamu daripada (gangguan) manusia. (Surah Al-Maidah: 67) شَرَعَ لَكُم مِّنَ ٱلدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِۦ نُوحٗا وَٱلَّذِيٓ أَوۡحَيۡنَآ إِلَيۡكَ وَمَا وَصَّيۡنَا بِهِۦٓ إِبۡرَٰهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰٓۖ أَنۡ أَقِيمُواْ ٱلدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُواْ فِيهِۚ Dia telah mensyari’atkan bagi …

Read More »

Keperluan Manusia Terhadap Rasul

Allah Subhanahuwata’ala telah menciptakan manusia mengikut fitrah-Nya. Hal ini termaktub  dalam kitab suci-Nya: فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِي فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيۡهَاۚ (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia  menurut fitrah itu (Surah Ar-Rum: 30) Sabda Rasul-Nya Sallallahu’alaihiwasallam: كل مولود يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه Sesungguhnya setiap anak dilahirkan dengan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang menjadikannya yahudi, nasrani atau majusi (Riwayat al-Bukhari)[1] Maksudnya, Allah Subhanahuwata’ala menciptakan manusia dalam keadaan fitrah dengan sifat–sifat dan ciri-ciri asalnya. Secara fitrah dan asalnya, manusia mengakui  keberadaan  Al-Khaliq (Allah Subhanahuwata’ala). Hal ini telah dinyatakan Allah Subhanahuwata’ala dalam wahyu-Nya. Al-Quran telah menerangkan bahawa Allah …

Read More »