Home / 2016 / January

Monthly Archives: January 2016

Keutamaan Membaca, Menghafal Dan Memahami Al-Qur’an Serta Adab-Adabnya

Pendahuluan Al-Qur’an adalah Kitabullah (Kitab Allah). Al-Qur’an mengandungi wahyu  atau ayat-ayat Allah Subhanahuwata’ala yang diturunkan secara langsung oleh Allah Subhanahuwata’ala melalui malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam. Oleh itu Al-Qur’an tidak bolah disamakan dengan kitab-kitab yang lain. Membaca Al-Qur’an adalah satu amalan ibadah yang sangat utama. Orang yang membaca Al-Qur’an  hendaklah mengamalkan adab-adab membaca Al-Qur’an supaya dapat mengambil manfa’at sebanyak mungkin daripada pembacaannya. Keutamaan Membaca Al-Qur’an Begitu tinggi kedudukan orang yang membaca Al-Qur’an di sisi Allah Subhanahuwata’ala sehingga Allah Subhanahuwata’ala menyebut orang yang membaca Al-Qur’an itu di dalam ayat yang sama dengan orang yang mengerjakan solah dan menginfaqkan (mendermakan) harta. …

Read More »

Mehnah (Tribulasi) Di Dalam Perjalanan Dakwah

Sesungguhnya mehnah (tribulasi) di dalam perjalanan dakwah daripada sekecil-kecilnya (seperti cacian, cemuhan, kejian, halangan dan tentangan) hinggalah kepada sebesar-sebesarnya (seperti kezaliman yang berbagai-bagai bentuk) adalah sunnatullah terhadap setiap para da’i kepada Allah, daripada Nabi Allah Nuh a.s. hinggalah kepada  Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, dan seterusnya pengikut-pengikut rasul  yang meneruskan tanggungjawab dan amanah suci ini. Ianya bukanlah merupakan natijah yang salah daripada kegiatan dakwah itu sendiri, malah tanpa sebarang mehnah terhadap da’i adalah disyaki pula tentang kesahihan jalan dakwah yang digunakannya.[1] Adalah tidak mungkin mehnah boleh dielak atau diringankan atau ditentukan masanya selagi mana para da’i sentiasa berusaha menjalankan dakwah. Kerana tabiat mehnah …

Read More »

Keperluan Berdakwah Secara Organisasi

Skop dakwah begitu luas. Perubahan yang dikehendaki adalah perubahan yang menyeluruh selaras dengan Islam sebagai ad-Din, yang terpancar daripada al-Quran dan Sunnah, dan diambil daripada sirah perjalanan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan para sahabat r.a. dan juga menyentuh soal individu serta masyarakat. Islam yang menyeluruh pernah digambarkan oleh Hassan al-Banna: “Islam adalah merupakan satu peraturan yang lengkap merangkumi seluruh aspek kehidupan. Islam itu negara dan tanah air atau kerajaan dan rakyat, jihad dan dakwah, tentera dan fikrah (ideologi), keintelektualan dan undang-undang, ilmu pengetahuan dan kehakiman, akhlak dan kekuatan, (rahmat) belas kasihan dan keadilan, harta benda penghasilan dan kekayaan. Malah Islam adalah akidah …

Read More »

Definisi Gerakan Organisasi Dakwah

Organisasi dakwah adalah merupakan himpunan tenaga para da’i yang bergerak dan bekerja untuk melaksanakan keperluan Islam di tahap-tahap tertentu. Manakala Gerakan Organisasi dakwah pula ialah segala aktiviti yang teratur yang lahir daripada organisasi tersebut. Ianya dapatlah disamaertikan dengan ‘amal jama’i iaitu: Kegiatan-kegiatan yang lahir bersumber daripada satu jama’ah yang teratur (berorganisasi), menepati skima tertentu dan menjurus ke arah meatlamat tertentu.[1] Organisasi Dakwah ini berbeza dengan organisasi-organisasi lain yang bersifat pentadbiran kerana kewujudan dan kelahirannya, serta gerakan dan kegiatannya, adalah untuk menyelesaikan permasalahan Islam (qadhiyah Islamiyah), baik di segi siasah mahupun dari segi fikrah untuk mengembalikan masyarakat manusia sama ada individu …

Read More »

Ruang Lingkup Dakwah

Sebenarnya dakwah para da’i adalah untuk menyeru dan membimbing manusia kepada hidup mulia, sesuai dengan status dan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Tunduk dan patuh kepada kekuasaan Allah Subhanahuwata’ala buat memurnikan dan mengikhlaskan perhambaan hanya sanya kepada-Nya dengan menerima Islam sebagai ad-Din, yang merupakan satu-satunya sistem hidup yang benar dan sahih yang diredhai Allah, lengkap dan sempurna. Kesempurnaanya pula mencakupi segenap aspek kehidupan, sesuai untuk dipraktik dan dilaksanakan di mana-mana tempat dan masa, di dalam mana-mana situasi dan kondisi sekalipun, baik untuk kehidupan individu mahupun masyarakat. Kedatangan Islam adalah merupakan rahmat untuk kehidupan sejagat. Firman Allah Subhanahuwata’ala dalam Surah al-Anbiya’, …

Read More »